Jump Start 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Apa khabar saudara saudari yang membaca blog ini. Walaupun isinya tidak seberapa, namun aku harapkan ada manfaat yang dapat dimanfaatkan bersama.

Dalam kedinginan aircond office aku yang agak sejuk hari ini, terlintas difikiran untuk berkongsikan pengalaman aku ketika menghadiri seminar pagi tadi. Banyak manfaat yang aku dapati dari seminar tersebut. Dan rugi rasanya kalau aku tidak berkongsikan dengan orang lain.

Pagi tadi aku telah menghadiri seminar bertajuk Jump Start 2013. Isi kandungan seminar berkisar tentang perniagaan terutama sekali kepada mereka-mereka yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan dan kekurangan modal dan pengalaman.

Bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan, terdapat banyak flatform atau saluran bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan. Tidak kiralah dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, multimedia dan sebagainya. Kerajaan telah menyediakan pelbagai institusi kewangan atau GLC yang dapat membantu menyediakan modal. Kita boleh memohon pinjaman ataupun geran. Pinjaman yang disediakan memberi kadar interest yang rendah berbanding bank atau agensi kewangan swasta yang lain. Ini dapat membantu mengurangkan beban peniaga dalam pembayaran balik pinjaman. Manakala geran pula adalah bantuan kewangan yang diberikan tanpa pembayaran dan bergantung kepada syarat.

Dari sini, minda aku mula terbuka. Sebenarnya tidak susah untuk memulakan perniagaan, cuma apa yang penting adalah idea dan semangat yang kental untuk menghadapi jatuh bangunnya perniagaan tersebut.

Aku juga mendapat maklumat cara mudah untuk mendapatkan senarai agensi kewangan ini, kita cuma perlu melayari laman web www.eilmu.my dan daftar. Website ini telah menyediakan senarai agensi tersebut. Dan ini memudahkan kita.

Sampai di sini sahaja dulu perkongsian aku buat kali ini. Kita bertemu lagi di lain waktu.

Wassalam.

Hembusan Ujian

Bismillahhirahmanirrahim.

Assamu'alaikum.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih diberikan peluang untuk melihat dunia ini satu hari lagi. Bersyukur ke hadrat ilahi kerna masih diberikan waktu untuk memperbaiki diri ini. Yang disaluti noda dan dosa.

Hari ini, untuk kesekian kalinya, aku melihat dunia yang indah. Diwarnai dengan warna-warna kehidupan. Disinari dengan nur kasih sayang dari Allah. Dihiasi dengan hiasan pengalaman. Oh! Alangkah indahnya hidup ini. Dipenuhi dengan berbagai rencah yang menjadikan hidup lebih bermakna.

Dan untuk kesekian kalinya, aku melihat kebesaran Allah. Mencurahkan rahmatNya ke atas seluruh kehidupan di dunia ini. Bermula di awal pagi, kita bangun dari tidur dan bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk hidup sehari lagi. dan kemudian kita bergerak menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. disitu masih ada nikmat pergerakan, nikmat pernafasan, nikmat penglihatan, nikmat perasaan dan berbagai lagi nikmat yang Allah berikan kepada kita. Tidak terhitung banyaknya nikmat yang Allah berikan dan semuanya diberikan secara percuma. itu pun kita tidak mampu untuk bersyukur lagi. kita tidak mampu untuk bersujud, memanjatkan rasa kesyukuran kita kepada Allah.

Kita selalu alpa akan segala nikmat yang kita terima. Setiap kali mendapat sesuatu, kita lupa untuk bersyukur sehinggakan untuk mengucapkan Alhamdulillah juga terlalu berat untuk dilafazkan. Namun, apabila secebis musibah singgah pada kita, kita pandai untuk memberontak. Pandai pula kita meminta pertolongan daripada Allah. Sebenarnya kita masih belum sedar, ramai yang menyangkan ujian Allah itu datang dalam bentuk musibah, masalah, kecelakaan dan segala macam bentuk keburukan. Tetapi hakikat sebenarnya, ujian Allah itu adalah setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Rezeki, kesihatan, kekayaan, kekuatan dan sebagainya adalah ujian yang Allah berikan kepada kita. Allah mahu melihat, apa yang akan kita lakukan dengan segala pemberian yang Allah berikan kepada kita. Dan malangnya, ramai yang terleka dan terbuai dengan segala macam ujian ni. Termasuklah diriku yang lemah dan dhaif ini.

Jadi, marilah sama-sama kita berusaha mempertingkatkan usaha kita untuk memanfaatkan segala ujian yang Allah berikan ke arah kebaikan, semata-mata mencari keredhaan Allah. dan diharapkan agar Allah memberi petunjuk kepada kita ke arah jalan yang Dia redhai dan menuju kejayaan di dunia dan juga di akhirat.

Sekian sahaja untuk pertemuan kali ini.

Wassalam.

Kembali

Bismillahhirahmannirrahim.

Assalamu'alaikum.

Pejam celik pejam celik, sudah dua tahun lebih aku tidak menjengah ke blog ni. sekali buka, penuh dengan habuk dan debu. penat rasanya untuk membersihkan habuk dan debu yang terdapat di sini.

Hai semua. rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru. Mudah-mudahan segala perancangan tahun ini akan terlaksana dan segala impian tercapai.

Seperti tahun-tahun yang lepas, tahun ini aku punya perancangan tersendiri. perancangan itu telah aku atur dari tahun lepas lagi. dan perancagan ini adalah perancangan masa panjang. ia akan mengambil masa yang agak lama untuk dilaksanakan. dan aku berharap, agar rancangan itu tidak akan tinggal rancangan sahaja. setidak-tidaknya, secebis dari perancangan itu biarlah terlaksana.

Aku rasa, korang semua pun mesti ada perancangan masing-masing. tidak kira lah samada perancangan jangka pendek ataupun perancangan masa panjang. Apa yang penting, korang teruskan berusaha melaksanakan perancangan korang tu. Biarlah langkahnya perlahan, akhirnya akan sampai jua. Orang kata, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. bukit kalau tak ditarah, mana mungkin jadi padang. Betul tak?

Apa-apa pun, segala perancangan tu, perlulah dikuatkan dengan doa kepada Allah, pencipta seluruh alam. Biarlah perancangan itu tidak berjaya sekalipun, tapi apabila ada usaha, pengorbanan dan pengharapan kepada Allah, pasti ada balasannya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Kalau didunia, apabila kita gagal melakukan sesuatu, kita akan terlepas ganjarannya. Tapi di sisi Allah, apabila kita melakukan sesuatu yang baik, walaupun gagal, Allah masih tetap memberikan ganjaran yang setimpal dengan apa yang kita lakukan. Oleh itu, janganlah kita mudah berputus asa dan putus harapan kepada Allah. Teruskanlah berusaha melakukan segala urusan dan pekerjaan yang baik.

Okaylah. Sampai di sini dahulu pertemuan kita, panjang umur, kita bertemu lagi.

Wassalam. 

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "