Ujian Dalam Kehidupan

Assalamu'alaikum.

Hari ini, hati aku tergerak untuk menulis tentang kehidupan. Kehidupan ini bagaikan roda. Ada kalanya kita di atas, dan ada kalanya kita di bawah. Ia sentiasa berpusing sehingga tiba ke destinasi penghujung. Kadang-kadang kehidupan ini juga boleh diibaratkan seperti graf. Adakalanya ia menjadi sinusidal, ada kalanya ia menjadi linear dan ada kalanya ia jatuh merudum. Berbagai andaian yang kita boleh buat mengenai kehidupan ini.

Dalam kehidupan itu juga ada rencahnya. Ada kala ia manis, ada kala ia masin, ada kala ia pahit, dan ada kala ianya masam. Berbagai perasa boleh dinikmati. Terpulang pada kita sendiri.

Kehidupan kita juga boleh diibaratkan seperti lukisan. Kalau seandainya kita bijak mewarnainya, ia akan menjadi sebuah lukisan yang cantik. Penuh dengan corak dan warna yang menarik. Dan seandainya kita tersalah mewarnainya, ia akan menjadi sebuah lukisan yang kotor, comot dan tidak menarik.

Untuk menjadikan kehidupan ini seperti roda, graf, rencah dan lukisan, kita perlu melalui berbagai ujian dan halangan. Ujian dan halangan inilah yang akan menjadikan roda kita berpusing laju atau perlahan. Menjadikan rencah kita manis, masin, pahit atau pun masam. Menjadikan graf kita naik atau pun turun. Dan menjadikan lukisan kita cantik ataupun comot. Inilah yang harus kita hadapi semenjak hari pertama kita dilahirkan.


Ujian hadir dalam berbagai bentuk. Ada kalanya ia hadir dalam bentuk kegembiraan. Ada kalanya ia hadir dalam bentuk kesedihan. Ada kalanya ia hadir dalam bentuk kesusahan. Dan seribu satu macam cara ujian itu hadir. Semuanya itu bertujuan untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t.

Ada orang berjaya menghadapi kesemua ujian yang ditempuhi. Ada pula yang tewas ketika menghadapi kesusahan. Ada pula yang tewas ketika menghadapi kegembiraan. Semuanya itu berlaku atas pilihan kita sendiri. Allah telah memberi petunjuk kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian. Rasul-rasul, kitab-kitab, diturunkan sebagai peringatan dan panduan kepada kita dalam menempuh perjalan kehidupan yang berliku-liku. Namun, kita lupa dan lalai untuk mengikutinya. Dan kebanyakannya tidak pernah tahu pun tentang kewujudan semua itu. Apa yang mereka tahu adalah kehidupan mereka semata-mata.

Oleh itu, kita sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah, haruslah berusaha untuk mencorak warna ujian kehidupan kita dengan sebaiknya. Seorang pelukis tidak akan dapat melukis tanpa ilmu lukisan. Seorang chef tidak akan dapat memasak tanpa ilmu masakan. Seorang pemandu tidak akan dapat memandu tanpa ilmu pemanduan. Kita tidak akan dapat hidup tanpa ilmu kehidupan. Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari dan menambahkan ilmu bagi menghadapi ujian dalam kehidupan. Mudah-mudahan kita akan berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

Nisfu Syaaban

Assalamualaikum.

Dalam diam tak diam, hari ini sudah masuk hari Nisfu Syaaban. Dan tinggal lebih kurang lima belas hari lagi, bulan Ramadhan akan menjelma. Terasa seperti baru lagi kita menyambut Ramadhan. Dan sekarang Ramadhan menjelma lagi.

Sebelum aku pergi lebih jauh, izinkan aku menerangkan apa maksud Nisfu Syaaban. Bagi mereka yang tidak mengetahui, Nisfu Syaaban ni sebenarnya bermaksud pertengahan bulan Syaaban iaitu pada hari ke-15 bulan Syaaban. Ada beberapa kelebihan pada hari ini. Korang boleh lah mencari kelebihan-kelebihan Nisfu Syaaban ni sendiri. Malas pulak aku nak menghuraikannya.

Apa yang aku nak kongsikan di sini adalah tentang bulan Ramadhan. Bulan teristimewa bagi seluruh umat Islam. Di dalam bulan inilah umat Islam diuji kesabaran mereka. Dan di dalam bulan inilah, Al-Quran diturunkan. Dan dalam bulan ini jugalah terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Oleh itu, sebagai umat Islam, kita haruslah mempersiapkan diri kita untuk menghadapi bulan yang mulia ini. Dari segi mentalnya dan fizikalnya harus kuat untuk menghadapi ujian dan untuk memperbanyakkan ibadah.
Selain itu, kita haruslah memperbanyakkan doa, agar Allah mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan dan memberi kesihatan yang baik agar kita dapat memperbanyakkan ibadah dalam bulan tersebut.

Sampai di sini sahaja dulu daripada aku.

Wassalam.

Hujung Minggu

Assalamu'alaikum.

Hari ini, aku nak berkongsi sedikit cerita tentang aktiviti aku pada hujung minggu yang lepas. Walaupun aktiviti yang aku lakukan tidak lah sehebat seperti orang lain. Melancong ke sana-sini, aktiviti lasak, scuba diving dan bermacam lagi aktiviti menarik yang lain. Namun, aku masih tetap merasa bangga dengan aktiviti hujung minggu aku kali ini.

Hujung minggu lepas, isteri aku dapat cuti pada hari sabtu. Dia mengajak aku pulang ke kampungnya di Melaka. Setelah berkira-kira, aku pun bersetuju untuk balik. Dalam pada itu, aku masih berkira-kira apa aktiviti yang boleh aku lakukan ketika di kampung.

And yes! Aku mendapat ilham. Dah lama sebenarnya aku nak lakukan perkara ini. Tapi, masih tidak tercapai. Dan pada hari minggu tu, tercapai juga hajat aku yang telah lama aku fikirkan.

Sebenarnya, aku telah lama merancang untuk men'servis' radiator kereta wife aku. Aku tengok air radiator tu dah karat. Jadi, sebelum ia bertambah teruk, aku nak cuci supaya radiator tu tahan lebih lama.

Ni merupakan kali pertama aku mencuci radiator kereta. sebelum ni aku tak pernah lakukan pun. Agak-agak kurang berkeyakinan juga aku nak buat. Tetapi, atas dasar tak cuba maka tak tahu, aku cuba jugalah.


Nasib baik sebelum ini aku pernah tanya kawan aku macam mana cara nak servis radiator ni. berpandukan penerangan dialah, aku cuba mencungkil bakat aku yang tak seberapa ini dalam hal ehwal kereta. Tapi sebelum tu, aku cuba juga lah search dalam google cara-cara nak servis kereta ni. Maka, berpandukan ilmu itulah, aku mencuba.

Bila dah cuba pertama kali tu, barulah aku tahu. sebenarnya, tak ada lah susah mana pun nak servis kereta ni. Cumanya, bila servis kereta ni, tangan pasti akan kotor. Kalau tak kotor, bukan servis namanya. Bila dah berjaya tu, terasa macam nak belajar ilmu lain pulak tentang servis kereta ni. Daripada hantar kedai, lebih baik aku cuba buat sendiri. Jimat sikit duit. Dan kalau ada rezki, mungkin boleh menambah pendapatan sampingan.

Sampai sini dulu entry aku kali ini. Aku nak pergi belajar lagi selok belok servis kereta ni. Nanti senang untuk aku mempraktikkannya. Mana tahu, bermanfaat untuk korang juga.

Wassalam.

3 bulan

Assalamu'alaikum w.b.t.

Fuh! Hampir terlupa yang aku mempunyai blog ni. Sudah beberapa bulan aku meninggalkannya. Dan hari ini aku baru teringatn untuk meng'update' entry terbaru.

Lagi 3 hari menjelang bulan ke-3 aku berkahwin. Tidak terasa betapa cepatnya masa berlalu. Terasa seperti baru semalam selesai majlis. Dan ini bermakna hampir 3 bulan aku bertukar status menjadi suami. Tanggungjawab yang agak berat untuk dilaksanakan. Bukan mudah untuk bergelar seorang suami. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Soal tempat tinggal, makan, pakai, dan keperluan lain perlu diberi perhatian.

Sebelum ini, hidup bujang aku tak fikir sangat pasal tu semua. Asal boleh saja, aku cekup. Tapi sekarang bila dah hidup berdua, semua tu kena amik kira. Aku tak boleh lagi fikir diri aku seorang saja. Aku perlu juga jaga perasaan isteri aku.

Banyak lagi yang perlu aku pelajari agar kehidupan rumah tangga ku berjalan dengan lancar. Walaupun tidak sempurna, sekurang-kurangnya aku perlu buat yang terbaik. Itu tanggungjawab aku sebagai ketua keluarga.
Kadang-kadang aku rasa tidak sanggup untuk jalankan tanggungjawab ni. Berat aku rasa. Mana tidaknya, semuanya tergantung di bahu aku. Aku bukan sahaja perlu menyediakan segala kemudahan dan keperluan untuk isteri ku, tetapi juga aku mesti memastikan segala kelakuan, akhlak, ibadah isteri ku dilakukan dengan baik dan tidak menimbulkan sebarang fitnah atau dosa. Semuanya itu tertanggung di atas diriku.

Aku terfikir juga bagaimana orang lain boleh membiarkan diri isteri-isteri mereka melakukan sesuka hati. Berpakaian terdedah di sana sini. Bergaul lelaki perempuan sesuka hati. Bila aku fikirkan tentang itu semua, aku jadi takut. Takut dengan kemurkaan Allah. Bila isteri aku melakukan seperti itu, segalanya akan dipertanggungjawabkan ke atas aku. Dah la dosa aku, aku yang tanggung. Ini pula ditambah dengan dosa-dosa isteri ku pula. Fuh! Tak sanggup rasanya. Walaubagaimanapun, aku harus menghadapi semua itu. Itulah namanya kehidupan.

Walau apapun yang berlaku, aku harus berusaha sebaiknya untuk menjalankan tanggungjawab aku. Walau tidak banyak, sekurang-kurangnya ku perlu berusaha untuk memberi didikan agama yang terbaik. Aku harus menegur salah dan silap yang isteri aku lakukan. Aku tak boleh biarkan dia melakukan sesuka hati hingga melanggar hukum islam. Dan aku juga harus mengisi diriku dengan ilmu agama, sebagai cara untuk mendidik isteriku dan anak-anak ku.

Sampai di sini dulu entry aku kali ini. Semoga kita bertemu lagi di entry akan datang.

Wassalam.

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "