Adab Di Meja Makan

  1. Duduk tegak dan rapat dengan meja untuk mengelakkan makanan tertumpah.
  2. Gunakan peralatan yang sesuai mengikut keperluan seperti pisau untuk memotong dan sudu untuk menyuap.
  3. Elakkan bercakap ketika makan terutamanya ketika mulut penuh dengan makanan.
  4. Ucapkan terima kasih sebaik sahaja menerima makanan.
  5. Kunyah makanan secara tenang dan tertib.
  6. Elakkan makan secara berlebihan agar tidak membazir.

Labels:

Cabaran Wanita Single Di Mata Masyarakat

  • Dianggap sebagai penggoda suami orang.
  • Terlalu berharta menyebabkan lelaki takut untuk menghampiri.
  • Terlalu memilih.
  • Susah senang terpaksa tanggung sendiri.
  • Sunyi jika tinggal sendirian di rumah.
  • Sakit pening tiada siapa pun tahu.
  • Siapa yang nak jaga bila sudah tua.
  • Siapa jadi pewaris harta selepas dia tiada lagi di dunia.
  • 'Dia tak ada tanggungjawab, biarlah dia jaga ibu bapa kita yang dah tua di kampung' - komen adik-beradik atau saudara terdekat.
  • Menjadi tempat peminjam wang (banker).

Labels:

Umat Islam Akhir Zaman Umpama Buih Laut

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Labels:

Adab Dalam Mendidik Anak-Anak

  • Memastikan anak-anak mendapat makanan yang halal.
  • Menemani dan menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti riadah bagi menjamin kecergasan jasmani.
  • Menghindarkan anak-anak daripada segala bahaya.
  • Memahami bakat dan minat anak-anak serta menggalakkan mereka untuk mengembangkan minat.
  • Mengajar anak-anak menghayati dan memahami segala ajaran al-Quran.
  • Membimbing anak-anak mengikut cara hidup Islam.
  • Menyuburkan jiwa anak-anak dengan keimanan.
  • Memberi kasih sayang kepada anak-anak secara adil.
  • Mendidik anak-anak mencintai Allah dan Rasul.
  • Mengajar anak-anak mengamalkan akhlak yang terpuji.

Labels:

Iblis Dilaknat Kerana Keingkarannya

Pada suatu ketika, sebelum tercipta Bani Adam di muka bumi ini, terdapat sejenis makhluk yang suka hidup dalam keadaan bergaduh dan membuat kekacauan di muka bumi Allah.

Makhluk itu adalah jin dan syaitan yang sekarang ini satu golongan yang dilaknat Allah hinggalah ke hari kiamat. Kemudian, Allah s.w.t. telah mengangkat sejenis bangsa jin yang bernama Azazil untuk hidup bersama-sama malaikat yang kuat beribadah kepada Allah s.w.t.

Daripada makhluk yang suka bergaduh sesama sendiri, Azazil berubah menjadi makhluk Allah yang paling kuat beribadat dan terkenal di kalangan para malaikat di langit. Azazil menjadi makhluk yang disayangi Allah kerana ketaatannya. Malah Azazil juga menjadi ketua kepada semua malaikat. Hal ini berkekalan hinggalah satu ketika apabila Allah mencipta sejenis makhluk yang bernama manusia. Pada peringkat awal penciptaan Adam a.s. semua malaikat mempersoalkan rasional penciptaan itu. Walau bagaimanapun akhirnya semua malaikat tunduk di bawah kekuasaan Allah lalu sujud kepada Nabi Adam a.s. kecuali Azazil seorang.

Bermula dari detik itu, Azazil yang sekarang ini dikenali sebagai iblis laknatullah telah dibuang ke bumi. Lihatlah disebabkan keingkaran iblis dengan perintah Allah, lalu dalam sekelip mata darjatnya jatuh serta-merta dan tiada lagi gelaran kehebatan diberikan kepada iblis. Malah, menjadi musuh orang beriman dan musuh Allah hinggalah ke hari kiamat.

Labels:

Kata Bijaksana

Seorang bijaksana pernah berkata:

"Aku hairan melihat orang bersedih kerana kurangnya harta tetapi tidak bersedih di atas berkurangnya umurnya..."

dia berkata lagi...

"Barangsiapa yang menghabiskan masa mudanya dengan suatu keadaan, maka ia akan berada dalam keadaan yang sama di masa tua kelak..."

Labels:

Fikir Zikir

DisakitkanNya kita sekejap,
tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya.
Disusahkan sedikit agar insaf,
namun segera disenangkan semula.
Itulah belaianNya.

Dimarahkan juga kadangkala kerana sayang,
namun tidak lama kerana kasihNya.
Dipanggil-panggil kepadaNya,
untuk meminta itu dan ini,
Tuhan amat melayani hambaNya.
Tapi si hamba tidak peduli langsung!

Labels:

Rasulullah s.a.w. Menolong Wanita Tua

Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. sedang berjalan di kota Mekah, baginda telah melihat seorang wanita tua menunggu seseorang membantunya membawakan barang. Tatkala Rasulullah lalu di depannya, wanita tua itu memanggilnya, "Ya Akhal Arab! Tolong bawakan barang ini. Kamu akan ku bayar nanti!"

Rasulullah s.a.w. sebenarnya sengaja berbuat demikian kerana baginda memang berniat untuk menolongnya. Rasulullah pun mengangkat barang-barang itu dan berkata, "Aku akan mengangkat barangmu tanpa bayaran."

Wanita tua itu amat senang mendengar kata-kata tersebut kerana selama ini amat jarang orang yang membantunya tanpa meminta upah. Biasanya, walaupun tidak meminta, tetapi jika wanita itu memberi bayaran, orang dengan senang hati akan menerimanya. Dia memandang wajah Muhammad yang bersih dan teduh. Wanita tua itu yakin anak muda yang menolongnya itu adalah seorang yang berbudi luhur dan jujur.

Di tengah perjalanan, wanita itu memberitahu, "Khabarnya di kota Mekah ini ada seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai nabi, namanya Muhammad. Hati-hatilah dengan orang itu, jangan sampai engkau terpedaya dengannya!"

Wanita tua itu sama sekali tidak mengetahui pemuda yang menolongnya, yang kini bersamanya, adalah Muhammad. Lantas Nabi pun memperkenalkan dirinya, "Aku ini Muhammad..."

Nenek tua itu terperanjat. Dia tidak menyangka sama sekali pemuda yang menolongnya itu adalah orang yang sangat dibencinya. Maka saat itu juga wanita tersebut terus mengucapkan syahadah. Ucapnya, "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan engkau adalah Rasulullah, dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang luhur!"

Labels:

Empat Jenis Hati

Ahmad ath-Tabrani dalam satu riwayatnya menyebutkan bahawa ada empat jenis hati:

Pertama, hati yang permukaannya licin dan bersih, di dalamnya ada pelita yang menerangi. itulah hati orang mukmin.

Kedua, hati yang hitam dan terbalik permukaannya, iaitu hati orang kafir.

Ketiga, hati yang tertutup dan terikat dalam sampul, iaitu hati orang munafik.

Keempat, hati yang pipih, di dalamnya ada keimanan bercampur kemunafikan. Perumpamaan keimanan yang ada padanya seperti tanaman sayur-sayuran yang sihat kerana disirami air yang baik, sedangkan perumpamaan kemunafikan yang ada padanya, seperti bisul yang dipenuhi nanah.

Labels:

Renungkanlah

Ramai orang bila berlaku sesuatu perkara yang diluar dugaan, mereka akan menyebut nama Allah. Apabila berlakunya sesuatu pertandingan, samada nyanyian atau persembahan ataupun apabila ditimpa musibah seperti sakit, teraniaya atau apa sahaja yang berlaku, kita akan menyebut nama Allah. Tidak kira apa pun yang berlaku, kita akan menyebut nama Allah.

Tetapi, adakah kita benar-benar mengambil peduli tentang kalimah Allah itu? Adakah kita cuba untuk memahami maksud sebenar kalimah Allah tersebut? Mengapa kita perlu mengucapkan kalimah Allah itu? Adakah ia hanya muncul apabila kita ditemubual oleh seseorang? Semata-mata untuk menunjukkan yang diri kita beragama Islam. Atau adakah semata-mata kerana kita tidak tahu kepada siapa lagi harus kita berserah untuk mengharapkan kejayaan atau pertolongan? Atau adakah kerana kita benar-benar ikhlas menyebut kalimah Allah itu? Ucapan yang lahir dari hati yang merendah diri dan takut akan segala seksaannya.

Sedarkah diri kita, ketika kita menyebut nama Allah itu, bagaimanakah keadaan kita ketika itu? Adakah keadaan kita ketika itu melambangkan peribadi kita sebagai seorang Muslim? Berpakaian menutup aurat atau sekurang-kurangnya berpakaian sopan, tidak mendedahkan mana-mana bahagian tubuh seperti berpakaian ketat atau menjolok mata. Sehingga kadang-kadang membuatkan orang merasa mual dan menyampah apabila melihat kita. Atau adakah ketika kita menyebut kalimah Allah, kita berada dalam suasana yang diredhai Allah? Berada ditempat yang boleh memberi manfaat kepada kita atau berada di tempat yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Atau adakah perkara yang kita lakukan itu diberkati oleh Allah? Seperti melakukan perkara-perkara yang bermanfaat dan mendatangkan hasil yang baik. Pernahkah kita terfikir akan semua itu?

Cubalah kita muhasabahkan diri kita,. Mencari diri kita yang sebenar agar kita tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri kita sendiri. Biarlah apa sahaja ucapan kita, lahir dari hati yang benar-benar ikhlas dan benar-benar memahami setiap apa yang keluar dari mulut kita. Janganlah kita melakukan sesuatu itu hanya kerana mahu menunjuk-nunjuk. Kelak, diri kita sendiri yang akan rugi.

Labels:

Isu Penggunaan Kalimah Allah

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh satu berita yang menggemparkan seluruh umat Islam di negara ini. Berita tersebut merujuk kepada penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Katolik dalam penerbitan mingguannya Herald-The Catholic Weekly. Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati seluruh umat Islam di seluruh negara.

Bagi seluruh umat Islam di negara ini, perkara ini tidak seharusnya berlaku dan tidak sepatutnya dibenarkan kerana ia melibatkan kemuliaan agama Islam itu sendiri. Dengan membenarkan penggunaan Allah dalam agama lain selain agama Islam, dirasakan seolah-olah umat Islam telah merendahkan martabat Pencipta Yang Maha Agung dan Maha Esa.

Bagi penganut Kristian, mereka mempercayai konsep Trinity, iaitu God The Father, God the Son and The Holy Ghost (Allah sebagai Bapa, Allah sebagai Anak dan Roh Kudus). Kepercayaan ini bertentangan dengan kepercayaan penganut agama Islam yang mempercayai bahawa Allah itu Tunggal, iaitu Maha Esa. Tiada dua, tiga atau banyak. Allah cuma satu.

Kita mempercayai bahawa Allah mempunyai banyak nama. Terdapat 99 Nama-nama Allah yang wajib diketahui oleh umat Islam. Tetapi itu bukan bermakna Allah itu banyak. Itu hanyalah Nama-nama Allah yang disebutkan di dalam Al-Quran yang hanya layak dimiliki oleh Allah kerana kekuasaan yang dimiliki-Nya. Nama-nama itu juga membuatkan kita lebih memahami dan mengetahui akan Zat Allah. Pencipta yang Maha Agung.

Oleh hal yang demikian, sekiranya penggunaan Allah digunakan oleh Penganut agama lain selain Islam, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham dan boleh merosakkan akidah umat Islam itu sendiri. Dari segi fizikalnya kita melihat ia tidak akan menjejaskan apa-apa, namun dari segi rohaninya ia boleh menimbulkan pelbagai persoalan dan pendapat yang berlainan dengan tujuan asal penggunaan Allah itu sendiri.

Oleh sebab itu, diharapkan agar pihak berwajib mengambil kira semua pendapat ini agar, perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan dapat pengelakkan permasalahan yang lebih besar timbul di kemudian hari. Sensitiviti agama harus menjadi keutamaan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Labels:

Perancangan Tahun Baru

1 Januari kembali lagi untuk kesekian kalinya. Setiap kali tibanya 1 Januari, pelbagai acara diadakan untuk meraikan kehadirannya. Konsert, pertunjukan bunga api, persembahan dan pelbagai lagi acara diadakan semata-mata untuk menanti detik 12 tengah malam. Apabila tepat pukul 12 tengah malam, seluruh penduduk dunia akan bersorak sambil mengucapkan selamat tahun baru.

Bagi mereka yang ekstremis dengan kehadiran 1 Januari, mereka akan merasa bahang kepanasan untuk musim baru yang bakal mereka tempoh. Pelbagai perancangan telah dirancang bagi menghadapi tahun baru. Ada yang merancang untuk membeli kereta baru. Ada juga yang merancang untuk membeli rumah baru. Tidak kurang juga bagi mereka yang merancang untuk mencari pasangan hidup. Walau apapun rancangan mereka, mereka pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan segala perancangan tersebut.

Dalam kemeriahan penduduk dunia memasang cita-cita dan impian masing-masing, masih ada juga di antara kita yang tidak mempunyai perancangan apa-apa. Bagi mereka, 1 Januari adalah merupakan satu tarikh yang tidak memberi makna kepada mereka. Mereka adalah diri mereka sendiri. Tarikh tersebut tidak akan memberi impak apa-apa. Mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mereka usahakan menjelang tahun baru. Pemikiran sebegini hanya akan merugikan diri mereka sendiri.

Azam atau perancangan untuk tahun baru sebenarnya akan membantu kita mencari arah tuju kita pada masa hadapan. Dengan menetapkan azam atau perancangan, kita telah membawa diri kita ke arah satu matlamat. Matlamat itu akan membuatkan kita berusaha untuk mencapai segala keazaman dan keinginankita. Dengan cara itu, hidup kita akan menjadi lebih terurus dan kita akan sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan.

Dengan mempunyai azam dan perancangan, setiap detik yang berlalu dalam hidup kita pasti akan diisi dengan perkara yang berfaedah dan ia tidak akan dibiarkan begitu sahaja bagi memastikan semuanya berjalan lancar seperti yang telah kita rancangkan. Oleh itu, bagi mereka yang masih belum mempunyai perancangan, fikirkan lah sekurang-kurangnya satu azam atau impian yang ingin mereka capai dalam tahun ini. Bagi mereka yang sudah mempunyai perancangan, berusahalah sebaik-baiknya agar segala impian dan perancangan mereka akan tercapai.

Labels:

Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Labels:

Siapakah Orang Yang...

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...


Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...


Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Labels:

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "