Kepuasan Dalam Kehidupan

Assalamu'alaikum.

Hari ini bermulalah episod baru hidupku. Hari ini merupakan hari pertama aku menunggang motosikal ke tempat kerja setelah hampir setahun motor aku tersadai tak di sentuh. Agak cuak juga rasa apabila lama tidak menunggang motosikal di ni. Terasa kekok. Ditambah pula menunggang di tengah kotaraya yang sibuk ini, membuatkan aku sedikit kecut perut.

Semua itu hanya sementara sahaja. Apabila enjin sudah dihidupkan,minyak pun dipulas sehabis mungkin. Kereta kiri kanan dah tak hirau dah. Selagi boleh mencelah, usaha juga untuk mencelah. Itulah kehidupan seorang penunggang motosikal amatur macam aku ni. Bagi yang dah profesional tu, lagi ganas diaorang buat. Aku cukuplah sekadar bawa motor sehingga sampai ke destinasi dengan selamat. Itu pun dah beribu-ribu syukur.

Bukan itu sebenarnya yang aku nak ceritakan. Sebenarnya aku nak cerita tentang mencari kepuasan dalam kehidupan. Korang tau macam mana nak cari? Cari duit banyak-banyak? Ngorat perempuan cantik-cantik? Bercuti keluar negara? Semuanya salah. Sebenarnya cara untuk mencari kepuasan ini cukup mudah. Hanya dengan membantu orang yang dalam kesusahan. Pelik kan cara tu? Tapi itulah kebenarannya. Kalau korang semua tak percaya, korang boleh cuba.

Ada berbagai cara membantu orang yang dalam kesusahan. Ada kalanya kita bertemu dengan orang yang mengalami kerosakan kereta di tengah jalan. Mungkin kita tidak tahu membaiki kereta. Tetapi tidakkah kita lihat bagaimana kereta yang rosak itu telah mengganggu pergerakan kenderaan yang lain? Jadi apakah salahnya, kita membantu menolak kereta itu ke tepi jalan? Dengan berbuat begitu, pergerakan kenderaan lain akan kembali lancar. Berapa ramai orang yang tersangkut dalam kesesakan tersebut dapat dibantu? Bukan kah itu akan memberi kepuasan kepada kita?

Ada kalanya, ada orang datang meminta pertolongan daripada kita. Ada yang meminta pinjam wang. Ada yang meminta khidmat nasihat. Ada yang meminta pendapat. Dan berbagai lagilah bantuan yang dipinta. Usahlah dihalau mereka ini. Kita harus faham, apabila ada orang datang meminta pertolongan kepada kita, itu bermakna kita dipercayai oleh orang itu dan mereka percaya yang kita dapat membantu mereka. Sebenarnya, dengan membantu mereka-mereka yang memerlukan akan membuatkan hidup kita lebih bermakna. Terasa kehidupan ini dipenuhi dengan kepercayaan orang lain terhadap kita. Orang melihat kita sebagai seorang yang dipercayai dan kuat untuk membantu mereka. Oleh sebab itu mereka datang dalam hidup kita untuk meminta bantuan.


Sekiranya kita mempunyai peluang untuk membuat kebaikan, membantu orang yang memerlukan, cubalah bantu mereka sedaya yang mungkin. Dengan berbuat demikian, kita akan mendapat kepuasan yang tak terhingga.

Sekian. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "