Showing posts with label Soal Jawab Solat. Show all posts
Showing posts with label Soal Jawab Solat. Show all posts

Solat Qada'

Soalan:

Adakah perlu mengqada' solat fardu yang telah ditinggalkan atau cukuplah dengan bertaubat sahaja?

Jawapan:

Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya.

Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu telupa dan tertidur.

Mereka yang meningglkannya sama ada terlupa atau tertidur atau dengan sengaja, wajib bertaubat kepada Allah s.w.t. dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan dosa, khususnya solat yang ditinggalkan itu, dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang.

Kemudian, wajib ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah ditinggalkan.

Cara Menegur Imam

Sekiranya imam terlupa sesuatu rukun semasa solat atau melakukan kesilapan ketika solat, apakah yang perlu dilakukan oleh makmum untuk menegur kesilapan imam? Adakah makmum wanita juga ada hak untuk menegur imam walaupun terdapat makmum lelaki yang lain?

JAWAPAN:
Cara makmum lelaki menegur kesilapan imam ialah menyebut perkataan "subhanallah" dengan suara yang boleh didengari imam.
Manakala makmum wanita boleh menegur imam yang terlupa walaupun terdapat makmum lelaki tetapi mereka pun dalam keadaan lupa dengan cara menepuk tangan iaitu dengan mengangkat telapak tangan kanan ke atas belakang tangan kiri dengan kadar imam mendengar tepukan tersebut. Makmum wanita haram menegur imamnya yang salah bacaan dengan suaranya. Ini akan mengakibatkan solatnya terbatal. Sekiranya tepukan tersebut terlalu kuat, juga akan membatalkan solat wanita tadi.

Melantangkan Bacaaan Dalam Solat

Adakah dibolehkan seseorang yang solat sendirian melantangkan bacaan solat seolah-olah ada makmum di belakang, semata-mata ingin khusyuk dalam solat?

JAWAPAN:
Seandainya melantangkan suara pada solat Maghrib, Isyak dan Subuh maka hukumnya adalah sunat bahkan makruh sekiranya dibaca sir (senyap) walaupun bersolat berseorangan. Sebaliknya menguatkan suara sewaktu mengerjakan solat Zuhur dan Asar walaupun bertujuan untuk khusyuk, hukumnya tetap makruh kerana sunah ketika itu adalah membaca secara sir (senyap).

Bolehkah Jadi Imam Ketika Sedang Qada Solat

Saya sedang solat Qada apabila seseorang menepuk bahu saya dan menjadi makmum saya. Apakah solat lelaki tersebut sah? Apakah tindakan yang patut saya lakukan ketika itu?

JAWAPAN:
Solat tersebut sah. Anda yang sedang solat qada teruskan solat sehingga salam dan tidak perlu menukarkan niat menjadi imam. begitulah sepatutnya orang yang berimam yang sering mencari ganjaran lebih dengan menunaikan solat secara berjemaah walaupun hanya dua orang.

Terlepas solat Zuhur

Sekiranya seseorang itu terlepas mengerjakan solat Zuhur, dan apabila menuju ke masjid, mendapati jemaah sednag menunaikan solat Asar, yang manakah harus didahulukan? solat qada Zuhur atau solat Asar berjemaah?

JAWAPAN:
Afdal dia mendahulukan solat Zuhur daripada Asar mengikut tertib aturan solat, tetapi dalam situasi ini dia boleh mengambil kesempatan yang terbaik untuk bersama-sama ahli jemaah menunaikan solat Asar secara berjemaah dalam masa yang sama dia akan memperolehi 27 kali ganjaran berbanding solat berseorang. Cuma hukumnya adalah makruh kerana mendahulukan solat Asar daripada Zuhur. Selesai menunaikan solat Asar maka dia akan melaksanakan qada Zuhur.

Jamak Solat Ketika Sakit

Adakah dibolehkan bagi orang yang sakit jamak solat fardu?

JAWAPAN:
Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Muslim, Ibn 'Abbas menyebut: "Rasulullah s.a.w. solat jamak Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir." Ditanya Ibn 'abbas mengapa Baginda melakukan demikian? Jawabnya: "Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya." Dalam riwayat yang lain daripada Muslim juga disebut: "Baginda jamakkan solat tidak disebabkan ketakutan atau hujan."
Hadis-hadis seperti di atas memberi kesimpulan kepada para fuqaha tentang solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit di tahap kritikal dan sukar untuk bergerak dan berwuduk malahan diharuskan bertayamum. justeru bolehlah dia menjamakkan solatnya tanpa qasar.

Beza Bermukim dan Bermastautin

Apakah beza bermukim dan bermastautin hingga mengharuskan jamak dan qasar solat ketika bermusafir dan yang menentukan wajib atau tidak solat Jumaat bagi lelaki?


JAWAPAN:
MUKIM ialah orang yang tinggal di satu-satu tempat lebih daripada tiga hari. dia tidak berniat untuk kekal selama-lamanya di situ.
MASTAUTIN ialah orang yang tinggal di satu-satu tempat dan tidak ada niat untuk berpindah ke tempat lain walaupun dia lahir di tempat lain.
Orang yang bermukim diwajibkan solat Jumaat tetapi tidak dikira dalam 40 orang yang menjadi syarat sah bilangan solat Jumaat. Sebaliknya orang yang bermastautin yang wajib dan dikira dalam 40 orang bilangan solat Jumaat.

Solat Jemaah Ketika Bermusafir

Adakah boleh bagi saya yang bermusafir solat berjemaah bersama dengan orang yang tidak bermusafir?

JAWAPAN:

Sah solat seorang musafir dengan jemaah orang yang tidak musafir. Tetapi tidak sah jika mahu solat qasar berimamkan seorang yang bersolat tamam. Jadikalah diri kita sebagai seorang Muslim yang gemar bersolat berjemaah sama ada ketika musafir ataupun tidak, walaupun hanya dua orang kerana mencontohi sunah Rasulullah s.a.w.

Bercakap-Cakap Ketika Khutbah

Adakah sah solat seorang lelaki yang solat fardu Jumaat tetapi bercakap-cakap semasa khatib sedang membaca khutbah?


JAWAPAN:
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan 'Diam', maka laghalah (sia-sia) dia."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ulama berbexa pendapat dalam hal hukum mendengar khutbah. Jumhur berpendapat diam ketika khutbah adalah wajib, iaitu pendapat yang paling kuat. Berkata-kata ketika khutbah membatalkan pahala Jumaat namun solat Jumaatnya tetap sah. Hikmahnya adalah untuk mengelakkan gangguan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Namun untuk bercakap sesuatu yang penting, seperti memberitahu orang buta depannya ada lubang dan sebagainya, tidaklah termasuk perkara yang dilarang.

Menampal Bacaan Solat Pada Dinding

Adakah boleh seseorang yang baru memeluk Islam melekatkan kertas yang mengandungi bacaan-bacaan dalam solat di dinding dan memandangnya ketika solat bagi membantu menunaikan solat?

JAWAPAN:
Hukumnya makruh kerana boleh menjejaskan tumpuan solat. Sebaiknya dalam solat tumpuan mata ketika berdiri adalah di tempat sujud. Imam Nawawi berpendapat bahawa lebih afdal menggunakan hafalan semasa di dalam solat berbanding membaca mushaf al-quran di luar solat. Imam Ahmad dan al-Tirmizi meriwatkan daripada sahabat al-Haris al-Asy'ari, daripada Nabi s.a.w.: "Bahawa Allah memerintahkan Nabi Yahya bin Zakariya a.s. untuk menegakkan solat. 'Sesungguhnya Allah menghadapkan wajah-Nya selama hamba tersebut tidak berpaling/menoleh. Maka jika kamu sedang solat janganlah berpaling/menoleh."
Sesungguhnya ibadah solat, dalam semua gerakannya menunjukkan ketundukan kepada Allah. Allah berfirman maksudnya:
"Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk." (Surah al-Baqarah 2:238).

Terlupa Tahiyat Awal dan Sujud Sahwi

Andai saya terlupa untuk duduk tahiyat awal, saya perlu sujud sahwi. Tetapi andai saya turut terlupa untuk sujud sahwi, perlukah saya mengulangi solat?

JAWAPAN:
Sunat sujud sahwi bagi mereka yang tidak mengerjakan tahiyat awal. Hukum sujud sahwi adalah sunat menurut majoriti ulama dan tidak perlu diulangi solatnya jikalau terlupa atau sengaja meninggalkannya. Riwayat Muslim mengatakan, "Kalau seseorang menambahkan sesuatu atau mengurangi sesuatu dalam solatnya, maka hendaknya ia bersujud dua kali."

Anak Menjadi Imam

Adakah dibolehkan seorang anak yang belum baligh tetapi elok bacaan al-Qurannya menjadi imam bagi jemaah wanita seperti ibunya,kakaknya atau adik-adiknya?

JAWAPAN:
Menurut ulama kalangan mazhab Al-Hanafiyah, tidak sah anak kecil menjadi imam solat, sama ada solat fardu ataupun solat sunat. adapun ulama di kalangan mazhab Imam Malik dan Hanabilah, menjelaskan yang tidak sah hanya solat fardu, untuk solat sunat, hukumnya sah. Dalil mereka ialah:
Al-Atsram meriwayatkan dari Ibn Mas'ud r.a. dan Ibn Abbas r.a. bahawa: "Janganlah seorang anak kecil mengimami solat jemaah sehinggalah dia bermimpi."
menurut mazhab al-Syafi'i, dibolehkan mengikuti imam anak kecil berdasarkan satu dalilnya sangat kuat, yang mana Al-Bukhari mensahihkan hadis tersebut daripada Jabir r.a.
diriwatkan daripada Amr bin Salamah katanya: "aku pernah menjadi imam pada zaman Rasulullah s.a.w. sedangkan aku adalah anak kecil yang berumur tujuh tahun."
namun sah juga anak kecil menjadi imam solat Jumaat, tetapi makruh. seandainya anak kecil tersebut belum khatan, kena pastikan bahagian dalam zakarnya yang ditutupi kulit dibersihkan daripada najis air kencing sebelum solat.

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

Categories

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "