Jangan Bersedih

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat harta yang tersimpan di almari- almari anda yang indah, di istana-istana anda yang megah dan di dalam kebun-kebun anda yang hijau itu hanya akan menambah kecemasan dan kesedihan anda sahaja.

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat ubat yang diberikan doktor, dijual di farmasi, dan diagnosis seorang doktor tidak akan pernah membahagiakan diri anda. Apalagi bila anda masih menanamkan kesedihan dalam hati, menggantungkan kesedihan di dalam kedua kelopak mata, membiarkan diri anda untuk dimasuki kesedihan itu, dan menyusupkannya di bawah kulit, maka semua itu hanya akan sia-sia.


Jangan bersedih; kerana anda masih memiliki doa, anda boleh bersimpuh di depan pintu-pintu Tuhan Yang Maha Kuasa, dan anda dapat memperoleh ketenangan di depan pintu-pintu Sang Raja Diraja. Anda juga masih memiliki waktu sepertiga akhir malam dan masih memiliki waktu untuk merapatkan dahi ke tanah, ataupun bersujud.


Jangan bersedih; kerana Allah telah menciptakan bumi dengan segala isinya, telah menumbuhkan taman-taman yang memberikan pemandangan indah, kebun-kebun yang berisi tumbuh-tumbuhan yang indah, rimbun dan taman-taman dengan tumbuh-tumbuhan yang indah untukmu, kurma-kurma yang tinggi-tinggi yang mempunyai mayang yang bersusun-susun, bintang-bintang yang bercahaya, hutan belantara, dan sungai-sungai. Namun anda bersedih.


Jangan bersedih; kerana anda masih dapat minum air yang jernih, menghirup udara yang segar, berjalan di atas kedua kaki, dan anda juga masih dapat tidur pada malam hari dengan nyenyak.

Labels:

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Labels:

Doa Jodoh

Tuhanku
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku
Terciptalah buatku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan itu kekal abadi

Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih
Seiringkanlah kami melayari
Hidup yang luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Tetapi Tuhanku
Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milik ku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Dan peliharalah diriku dari kecewa

Serta Tuhanku Yang Maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya ke dada langit
Dan gelap pekat awan
Walau tanpa dirinya.

Dan Tuhanku Yang Tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Meskipun tiada yang sama dengan dirinya
Kerana aku pasti
Itulah jauhari dari MU
YA RAHMAN YA RAHIM.

Labels:

Kerana Dia Seorang Lelaki

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita."
Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki.Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga.

Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata: "Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

Labels:

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).


2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.


3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.


4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.


5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.


6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.


7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.


8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.


9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.


10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.


11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).


12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.


13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.


14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.


15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya.


16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.


17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.


18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.


19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.


20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.


21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).


22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Labels:

Mengapa Ibu Menangis

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya,

“ Ibu ,mengapa ibu menangis?

Ibu menjawab, “ Sebab aku wanita.’’

"Saya tidak mengerti," kata si anak lagi .

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.

“Nak, kamu memang tidak akan mengerti ….”

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya, “ Ayah mengapa ibu menangis ?

Si ayah menjawab, “ semua wanita memang menangis tanpa ada alasan .”
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap tertanya–tanya, mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam, dia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT, mengapa wanita mudah sekali menangis.

Saat Allah SWT menciptakan wanita, Dia menjadikan wanita sangat penting. Allah SWT menciptakannya bahu agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun bahu itu cukup lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah memberikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya walaupun selepas itu menerima cerca daripada anaknya sendiri.

Allah memberikannya ketabahan yang tetap bertahan pantang menyerah disaat orang berputus asa.

Allah juga memberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walaupun dirinya letih, sakit, lelah tetapi tanpa keluh kesah.

Allah memberikan wanita perasaan kepekaan dan perasaan kasih sayang untuk mencintai anaknya dalam situasi apa–apapun biarpun anak–anaknya kerap kali melukai perasaan naluri seorang ibu. Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.

Allah berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegetiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikan air mata agar dapat mencurah perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan dimana dia inginkan.Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita walaupun sebenarnya….air mata..!!!!

Labels:

Buat Mereka Yang Leka

Kemana kau campakkan maruah kau,
dengan berpakaian begitu,
dada terbonjol,
pinggul terkeluar.

Kemana kau campakkan maruah kau,
bila ada mata-mata belang yang memerhati langkahmu,
setiap ayunan menjadi santapan nafsu mereka,
tidakkah kau sedari semua itu?

Labels:

Di Hadapan Mesin ATM

Bosan,
bila perlu beratur panjang,
dan menunggu giliran.

Penat,
bila perlu berdiri dan menanti,
dibelakang mereka,
yang berbicara tentang apa-apa,
yang mampu aku lakukan,
hanya memerhati keletah mereka.

Resah,
bila masa terbuang sia-sia,
tanpa apa-apa,
di sisi mereka yang leka,
hanya kerana sekeping not lima puluh.

Labels:

Tiada Guna Kau Menyesal

Tanpa pernah kau fikir,
akan kesan dan akibat,
kau terpedaya dengan kata-kata mereka,
yang ditabur dengan janji-janji manis,
sekadar mengaburi mata hatimu,
untuk melihat,
kejahatan yang tersirat,
disebalik bibir yang berbicara.

Kau serahkan jiwa dan raga,
semata kerana cinta,
palsu yang kau cipta,
di atas nafsu yang sengsara,
membuat kau alpa pada-NYA.

Usah kau menyesal yang tak berguna,
atas apa yang tersisa,
perbuatan yang kau laksana,
jadikan ia azimat buat hari depanmu,
sematkan ia dalam poket ingatanmu.

Labels:

Rahsia Gadis 15 Tahun Hilang Dinihari Terbongkar

Rahsia hubungan seks seorang gadis bawah umur dengan teman lelakinya terbongkar apabila dia dilihat cuba 'menceroboh' masuk ke rumahnya pada awal pagi.

Rahsia tersebut diketahui apabila kepulangannya disedari oleh keluarganya. Mereka menyoal siasat gadis tersebut dan akhirnya dia tidak mempunyai pilihan lain melainkan mendedahkan perkara sebenar.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku dalam bilik di rumah mangsa kira-kira jam 3 pagi. Kejadian berikutnya pula berlaku di sebuah gerai kedai makan kira-kira jam 2 pagi.

Apa yang menghairankan kita bagaimana perkara sebegini boleh berlaku. Tambahan pula perkara ini berlaku di dalam rumah gadis itu sendiri. Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku.

Ahli keluarga harus peka terhadap setiap perkara yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Perkara ini amat penting kerana ia boleh memburukkan nama baik keluarga itu sendiri. Selain meningkatkan masalah sosial di kalangan masyarakat.

Setiap ahli masyarakat harus peka dengan keadaan sebegini. Kita tidak boleh menunding jari dan menyalahkan mereka yang terlibat sahaja. Sebagai anggota masyarakat, kita harus turut sama memantau dan mengawasi jiran-jiran yang berada di sekeliling kita. Mereka tidak akan dapat mengawal setiap tindak-tanduk ahli keluarga mereka setiap masa. Oleh itu, masyarakat sekeliling lah yang harus memainkan peranan untuk menasihati dan memaklumkan kepada ahli keluarga mereka tentang perkara-perkara tidak baik yang mereka lakukan.

Ahli keluarga haruslah menerima teguran mengenai anak-anak mereka dengan baik. Mereka sepatutnya menyiasat akan setiap perkara yang anak mereka lakukan untuk memastikan akan kesahihan setiap berita yang diceritakan tentang anak mereka. Mereka tidak boleh hanya bersangka baik terhadap anak mereka. Perkara ini hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Kesimpulannya, ahli keluarga dan masyarakat harus saling berganding bahu untuk mengatasi masalah sosial yang semakin meruncing di kalangan remaja. Kejadian seperti ini dapat dielakkan jika pengawasan dan pemantauan ibu bapa dan penjaga dengan didasari dengan kasih sayang berpaksikan ajaran agama. Jangan biarkan nasi menjadi bubur baru hendak menyesal.

Labels:

8 Perkara Dari Allah Buat Umat Nabi Muhammad

"Nabi S.A.W amat sayangkan umatnya hingga pada nafas terakhir, baginda masih menyebut-nyebut 'ummati, ummati' berulangkali hingga nafasnya terakhir. Bagaimanakah kita sebagai umatnya adakah perasaan sayang padanya wujud dalam hati kita…renungilah…"


Peristiwa ini terjadi ketika Nabi s.a.w. menerima wahyu supaya naik ke 7 lapis langit untuk menghadap Allah Azawajala (Israk & Mikraj).


Setelah berangkat Nabi Muhammad s.a.w menuju ke suatu tempat, yang belum pernah seorang Rasul ataupun Malaikat muqarrab sampai . Setibanya disitu, Allah Ta’ala memulakannya dengan mengucapkan salam kepadanya. Kemudian Dia menghampiri hambaNya serta sampaikan wahyuNya.


Lalu berkata Nabi Muhammad s.a.w.: " Ya Tuhanku! Berikanlah sesuatu untuk umatku!" Maka Allah s.w.t. berfirman : "Hai Muhammad! Aku telah berikan khusus untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah Aku berikan kepada sesiapa pun dari umat yang lain sebelummu iaitu:-


1. Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih mulia daripada umatmu


2. Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu berserta umatmu


3. Sesungguhnya Aku tiada memberi umatmu banyak harta, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat-umat sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat, semua itu Aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka


4. Sesungguhnya Aku tiada memberikan umatmu kekuatan dengan banyaknya harta dan anak pinak, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat-umat sebelumnya, sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu


5. Sesungguhnya Aku tiada memanjangkan umur mereka, sehingga terkumpul pada mereka dosa-dosa yang banyak, sebagaimana yang berlaku pada umat-umat sebelum kamu.


6. Sesungguhnya Aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya , sebagaimana yang Aku lalukan terhadap umat-umat sebelum kamu


7. Sesungguhnya Aku melewatkan umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan Aku jadikan mereka umat yang terakhir diantara semua umat, sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah


8. Sesungguhnya Aku tiada mendedahkan rahsia mereka, sebagaimana Aku dedahkan rahsia-rahsia umat-umat sebelum kamu serta berita-berita mereka kepadamu dan kepada umatmu, dan sesungguhnya tiada lagi Nabi dan tiada Al-Quran sesudahmu


"Kesemua keutamaan-keutamaan ini adalah kerana engkau, Hai Muhammad dan kerana berkatmu.""


Labels:

Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

''Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap
nasi.''

Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik
terus menghalau dan menengking si pengemis itu .

Dalam hatinya berkata
''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.''

Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan
sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia
menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya.

Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik
itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri
dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suamimenyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si
isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis .

Suami yang baru itu menjawab dengan tenang, ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.


CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN
RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA.

Labels:

Haram lelaki Islam Berjual Beli Sebaik Azan Jumaat

Dalam Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj Arshad (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan) di Surau Alamanda pada Jumaat 6 Mei 2005 yang lalu,
seorang jemaah telah bertanya pada beliau mengenai hukum mereka yang berniaga di kawasan masjid pada hari Jumaat.

Tn Hj Arshad menjelaskan adalah Haram lelaki Islam berjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya , restoran dan sebagainya.

Walaupun mereka yang berjual beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram kerana kita sudah ada segala kemudahan sekarang dengan jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan bila masuk waktu.

Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang membelinya juga haram. Tetapi tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam. Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi haram jika membelinya lelaki Islam.

Di Masjid Bandar Baru Senawang ada seorang sahabat yang lengkap berjubah putih dan berserban menjual air soya di luar perkarangan masjid. Ketika azan pertama dilaungkan hingga khutbah dibaca, penjual dan pembeli sedang sibuk berjual beli. Ini adalah haram kalau
mengikut penjelasan Us Arshad.

Bayangkan orang Islam lelaki yang sedang menikmati makan tengahari jam 1:20 tgh di KFC sementara menunggu solat Jumaat atau minum cendol di benteng, sumber rezekinya Halal tetapi waktunya Haram. Itu yang yang hendak menunggu solat Jumaat, apatah lagi yang
langsung tak solat Jumaat.

Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. :

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". Surah Al-Jumu'ah, ayat 9

Hanya sekadar menyampaikan apa yang didengar melalui Kuliah Feqah. Untuk pertanyaan lanjut boleh berjumpa Tn Hj Arshad Imam Masjid Bandar Baru Senawang.

Labels:

Lima kejadian banjir terburuk yang pernah berlaku pada abad ke-20 ialah di Sungai Kuning, China pada tahun 1931 di mana hampir 3.7 juta rakyatnya telah menjadi korban. China sekali lagi mencatat rekod apabila daerah Henan dilanda banjir teruk pada tahun 1939 hingga mengorbankan 200,000 orang dan di Sungai Chang Jiang pula pada tahun 1911 melibatkan 100,000 orang kehilangan nyawa. Kemudian 500,000 menjadi korban banjir di Bangladesh pada tahun 1970 dan di India pula mengalami nasib sama apabila 40,000 rakyatnya terkorban pada tahun 1942.

Labels:

Benda pertama yang diperbuat dengan menggunakan aluminium ialah alat permainan yang mengeluarkan bunyi gemerincing (rattle). Ia telah dicipta oleh Napoleon 3 pada tahun 1850. Napoleon juga telah membuktikan kebijaksaannya dengan membuat pisau dan garpu daripada aluminium tulen. Pada zaman itu, metal begitu jarang digunakan dan membuat ia lebih bernilai dari emas.

Labels:

Henry Ford sangat obses dengan kacang soya. Dia juga memiliki sepasang sut dan tali leher yang diperbuat daripada kacang soya. Setiap hari dia akan dihidangkan 16 jenis makanan yang memiliki ekstrak kacang soya. Malah dia pernah memesan beberapa bahagian kereta Ford yang turut diperbuat daripada kacang soya.

Labels:

Filem yang digunakan untuk kamera Kodak yang pertama, ialah selebar 2 3/4 inci atau 70 milimeter. Kodak telah meneruskan pembuatan filem tersebut semenjak tahun 1888.

Labels:

Dianggarkan sehingga usia 65 tahun, seseorang itu telah menghabiskan masanya selama 9 tahun hanya untuk menonton televisyen.

Labels:

Penggunaan garpu ketika makan mula diperkenalkan di Timur Tengah sebelum tahun 1000. Kemudian ia pertama kali diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-10 oleh Theophanu iaitu isteri kepada Byzantine yang merupakan maharaja Otto 2. Kurun ke-11, ia diperkenalkan di Itali pula. Namun ia agak sukar untuk diperkenalkan di Eropah Utara kerana masyarakat di sana berpendapat penggunaan jari semasa makan adalah kurniaan Tuhan yang lebih bermakna. Hinggalah kurun ke-18, barulah garpu digunakan secara meluas di Great Britain sebelum merebak ke negara-negara lain di seluruh dunia.

Labels:

Analisis berkaitan dengan serangan gigitan haiwan mamalia mengikut saiz badan, telah membuktikan Tasmania Devil memiliki gigitan paling kuat berbanding dengan mamalia yang lain.

Labels:

Penderitaan Alam

Sedetik aku terdiam,
memandang wajah alam,
kusut dan comot,
seperti pengemis jalanan,
meminta-minta dan berharap,
agar nasibnya terbela.

Sedetik aku termenung,
berfikir dan berbicara,
tentang alam yang menderita,
akibat manusia yang berlumba-lumba,
tamak mngejar kemewahan,
hingga dia menjadi mangsa.

Sedetik aku bersuara,
bilakah manusia akan sedar penderitaan alam?

Labels:

Mutiara Doa

Doa awal tahun:

Doa ini dibaca tiga kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."

>>
Berikut adalah doa awal tahun:
"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang Maha Agong dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepada-Mu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian konconya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepada-Mu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam...Amin..."

Doa akhir tahun:

Dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah membinasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

>>
Berikut adalah doa akhir tahun:
"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun unu aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azab-Mu yang telah ditetapkan kepadaku.
Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat daripada kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dari Mu, ampunilah aku dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin..."

Labels:

Dunia

Di sana,
derita menjadi santapan,
mereka yang lemah,
sehari-hari,
sehingga tiada lagi,
kebahgiaan yang terhidang,
buat mereka yang berharap.

Di sini,
sengsara menjadi hidangan,
mereka yang teraniaya,
oleh budaya-budaya,
mereka yang keji,
sehingga segala kemewahan,
menjadi milik mereka yang berkuasa.

Dan aku,
hanya mampu memerhati,
dari kejauhan,
tanpa betah bersuara,
kerana lidahku,
disaluti sombong dan takbur.

Labels:

Dambaan Cinta

Aku dibelenggu rindu,
padaMu,
oh kekasih.

Aku coretkan,
kata-kata cinta buatMu,
agar Kau mengerti,
maksud yang tersirat,
dihati ku.

Aku potretkan wajahMu,
di dalam hati ku,
agar Kau sentiasa di sisi ku,
menemani,
di sepanjang perjalananku,
yang penuh kesepian,
tanpa kehadiranMu.

Aku dambakan,
cinta dan rindu,
dariMu,
oh kekasih.

Labels:

Tiada Lagi Kesucian

Bagaimana harus ku katakan?
pada mereka,
yang alpa,
hingga mengabaikan diri mereka,
yang compang-camping,
tak terurus,
oleh debu-debu kotor,
yang singgah di dada mereka,
menjamah segala kesucian,
hingga tiada lagi keputihan,
dan yang tinggal,
hanya kehitaman.

Labels:

Cerita Tentang Kehidupan

Setiap detik yang berlalu,
bagai air yang mengalir,
tidak akan pernah putus,
tidak akan pernah berhenti,
sentiasa berusaha untuk maju,
ke hadapan,
tanpa pernah menoleh,
untuk melihat ke belakang,
dan ianya terus mengalir,
dari hulu,
sehingga ke hilir,
dan di situ,
adalah penamat,
untuk sebuah perjalanan kehidupan,
dan di sana,
dia menemui perjalanan baru,
yang abadi.

Labels:

Dunia Dan Akhirat

Ajarkan mereka tentang dunia,
dan segala isinya,
agar mereka mengerti,
apa makna hidup.

Ajarkan mereka tentang akhirat,
dan segala balasannya,
agar mereka mengerti,
apa makna mati.

Labels:

Aku Adalah Aku

Aku adalah hamba,
mengembara mencari cinta,
suci dan abadi,biarlah mereka berkata,
aku bodoh sendiri,
menghirup kepahitan usia,
mencampak kemanisan jasad,
biarkanlah mereka,
kerana mereka bukan aku,
dan aku bukan mereka.

Labels:

Bisa Sengsara

Usah dengar kata mereka,
penuh nista dan dusta,
setiap kata adalah bisa,
menular ke serata,
membawa bersama sengsara,
yang leka terpedaya,
yang alpa terlena,
yang longlai terkapai.

Dan kau,
membiarkan sahaja derita,
menyiksa tubuhmu,
tanpa pernah kau cari penawarnya.

Labels:

Anak Wayang

Pertemuan pertama,
tidak berakhir disitu,
sebaliknya bermula,
sebuah cerita anak wayang,
yang sibuk berlakon,
di atas pentas sementara.

Setiap kali babak bermula,
aku terlena,
menghitung mimpi-mimpi yang menjengah,
mencari-cari dialog,
untuk dipentaskan.

Setelah cerita berakhir,
aku sendiri menyepi,
berfikir dan bermunajat,
mengharapkan cerita baru.

Labels:

Kisah Rindu

Kerinduan membawa ku ke daerah sepi,
menyusup masuk tanpa disedari,
tanpa ada yang memerhati dan peduli,
yang ada hanya aku dan dia,
dan mereka,
tidak pernah cuba untuk mencari,
jejak-jejak yang aku tinggalkan,
sebagai petunjuk.

hanya aku,
yang mampu bercerita,
tentang kisah rindu,
yang tidak mungkin dapat ku lupakan.

Labels:

Cara Menegur Imam

Sekiranya imam terlupa sesuatu rukun semasa solat atau melakukan kesilapan ketika solat, apakah yang perlu dilakukan oleh makmum untuk menegur kesilapan imam? Adakah makmum wanita juga ada hak untuk menegur imam walaupun terdapat makmum lelaki yang lain?

JAWAPAN:
Cara makmum lelaki menegur kesilapan imam ialah menyebut perkataan "subhanallah" dengan suara yang boleh didengari imam.
Manakala makmum wanita boleh menegur imam yang terlupa walaupun terdapat makmum lelaki tetapi mereka pun dalam keadaan lupa dengan cara menepuk tangan iaitu dengan mengangkat telapak tangan kanan ke atas belakang tangan kiri dengan kadar imam mendengar tepukan tersebut. Makmum wanita haram menegur imamnya yang salah bacaan dengan suaranya. Ini akan mengakibatkan solatnya terbatal. Sekiranya tepukan tersebut terlalu kuat, juga akan membatalkan solat wanita tadi.

Melantangkan Bacaaan Dalam Solat

Adakah dibolehkan seseorang yang solat sendirian melantangkan bacaan solat seolah-olah ada makmum di belakang, semata-mata ingin khusyuk dalam solat?

JAWAPAN:
Seandainya melantangkan suara pada solat Maghrib, Isyak dan Subuh maka hukumnya adalah sunat bahkan makruh sekiranya dibaca sir (senyap) walaupun bersolat berseorangan. Sebaliknya menguatkan suara sewaktu mengerjakan solat Zuhur dan Asar walaupun bertujuan untuk khusyuk, hukumnya tetap makruh kerana sunah ketika itu adalah membaca secara sir (senyap).

Bolehkah Jadi Imam Ketika Sedang Qada Solat

Saya sedang solat Qada apabila seseorang menepuk bahu saya dan menjadi makmum saya. Apakah solat lelaki tersebut sah? Apakah tindakan yang patut saya lakukan ketika itu?

JAWAPAN:
Solat tersebut sah. Anda yang sedang solat qada teruskan solat sehingga salam dan tidak perlu menukarkan niat menjadi imam. begitulah sepatutnya orang yang berimam yang sering mencari ganjaran lebih dengan menunaikan solat secara berjemaah walaupun hanya dua orang.

Terlepas solat Zuhur

Sekiranya seseorang itu terlepas mengerjakan solat Zuhur, dan apabila menuju ke masjid, mendapati jemaah sednag menunaikan solat Asar, yang manakah harus didahulukan? solat qada Zuhur atau solat Asar berjemaah?

JAWAPAN:
Afdal dia mendahulukan solat Zuhur daripada Asar mengikut tertib aturan solat, tetapi dalam situasi ini dia boleh mengambil kesempatan yang terbaik untuk bersama-sama ahli jemaah menunaikan solat Asar secara berjemaah dalam masa yang sama dia akan memperolehi 27 kali ganjaran berbanding solat berseorang. Cuma hukumnya adalah makruh kerana mendahulukan solat Asar daripada Zuhur. Selesai menunaikan solat Asar maka dia akan melaksanakan qada Zuhur.

Jamak Solat Ketika Sakit

Adakah dibolehkan bagi orang yang sakit jamak solat fardu?

JAWAPAN:
Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Muslim, Ibn 'Abbas menyebut: "Rasulullah s.a.w. solat jamak Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana musafir." Ditanya Ibn 'abbas mengapa Baginda melakukan demikian? Jawabnya: "Kerana tidak mahu menyusahkan umatnya." Dalam riwayat yang lain daripada Muslim juga disebut: "Baginda jamakkan solat tidak disebabkan ketakutan atau hujan."
Hadis-hadis seperti di atas memberi kesimpulan kepada para fuqaha tentang solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit di tahap kritikal dan sukar untuk bergerak dan berwuduk malahan diharuskan bertayamum. justeru bolehlah dia menjamakkan solatnya tanpa qasar.

Beza Bermukim dan Bermastautin

Apakah beza bermukim dan bermastautin hingga mengharuskan jamak dan qasar solat ketika bermusafir dan yang menentukan wajib atau tidak solat Jumaat bagi lelaki?


JAWAPAN:
MUKIM ialah orang yang tinggal di satu-satu tempat lebih daripada tiga hari. dia tidak berniat untuk kekal selama-lamanya di situ.
MASTAUTIN ialah orang yang tinggal di satu-satu tempat dan tidak ada niat untuk berpindah ke tempat lain walaupun dia lahir di tempat lain.
Orang yang bermukim diwajibkan solat Jumaat tetapi tidak dikira dalam 40 orang yang menjadi syarat sah bilangan solat Jumaat. Sebaliknya orang yang bermastautin yang wajib dan dikira dalam 40 orang bilangan solat Jumaat.

Solat Jemaah Ketika Bermusafir

Adakah boleh bagi saya yang bermusafir solat berjemaah bersama dengan orang yang tidak bermusafir?

JAWAPAN:

Sah solat seorang musafir dengan jemaah orang yang tidak musafir. Tetapi tidak sah jika mahu solat qasar berimamkan seorang yang bersolat tamam. Jadikalah diri kita sebagai seorang Muslim yang gemar bersolat berjemaah sama ada ketika musafir ataupun tidak, walaupun hanya dua orang kerana mencontohi sunah Rasulullah s.a.w.

Bercakap-Cakap Ketika Khutbah

Adakah sah solat seorang lelaki yang solat fardu Jumaat tetapi bercakap-cakap semasa khatib sedang membaca khutbah?


JAWAPAN:
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jika kamu berkata-kata kepada kawan kamu ketika imam berkhutbah pada hari Jumaat walaupun dengan perkataan 'Diam', maka laghalah (sia-sia) dia."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ulama berbexa pendapat dalam hal hukum mendengar khutbah. Jumhur berpendapat diam ketika khutbah adalah wajib, iaitu pendapat yang paling kuat. Berkata-kata ketika khutbah membatalkan pahala Jumaat namun solat Jumaatnya tetap sah. Hikmahnya adalah untuk mengelakkan gangguan tumpuan terhadap khutbah yang disampaikan. Namun untuk bercakap sesuatu yang penting, seperti memberitahu orang buta depannya ada lubang dan sebagainya, tidaklah termasuk perkara yang dilarang.

Menggapai Impian

Jauh ku bawa diri ini,
melangkah dan terus melangkah,
sambil tangan,
meraba dalam kegelapan,
mencari arah tujuan,
untuk mencapai impian.

Kemana harus ku pergi?
segala arah telah ku cari,
di kiri di kanan,
semuanya palsu,
di depan dibelakang,
semuanya keliru,
dan aku kaku.

Hendak ku gapai bintang di langit,
tapi upaya diri cetek,
hendak ku pijak tanah di bumi,
tapi kaki tak sampai,
biarlah aku merangkak perlahan,
pasti hajat tertunai.

Labels:

Aku Hanya Sendirian

Aku hanya sendirian,
menanti kehadiran mereka,
yang tak pernah kunjung tiba,
entah datang entahkan tidak,
cuma disaksikan bulan dan bintang,
yang setia menanti pada tempatnya,
semenjak semalam.

Labels:

Arah Kaki Melangkah

Kemana kau campakkan dirimu,
setelah kau baluti hatimu dengan noda,
kekotoran yang tidak ada kesuciannya,
bersama kemegahan,
bersama pangkat,
bersama harta,
dan kau gelapkan hidupmu,
tanpa cahaya,
yang menerangi duniamu,
langkahmu tanpa arah,
pencarianmu tanpa petunjuk,
pandanganmu tanpa tujuan,
ke lembah mulia atau ke lembah hina?

Labels:

Aku Penunggu Setia

Aku adalah penunggu yang setia,
tetap menanti hingga ke akhir,
bersama kedinginan malam yang menyapa,
sendirian tanpa ada yang sudi menemani.

Aku adalah penunggu yang setia,
tidak betah mengalah dan bersuara.

Labels:

Menampal Bacaan Solat Pada Dinding

Adakah boleh seseorang yang baru memeluk Islam melekatkan kertas yang mengandungi bacaan-bacaan dalam solat di dinding dan memandangnya ketika solat bagi membantu menunaikan solat?

JAWAPAN:
Hukumnya makruh kerana boleh menjejaskan tumpuan solat. Sebaiknya dalam solat tumpuan mata ketika berdiri adalah di tempat sujud. Imam Nawawi berpendapat bahawa lebih afdal menggunakan hafalan semasa di dalam solat berbanding membaca mushaf al-quran di luar solat. Imam Ahmad dan al-Tirmizi meriwatkan daripada sahabat al-Haris al-Asy'ari, daripada Nabi s.a.w.: "Bahawa Allah memerintahkan Nabi Yahya bin Zakariya a.s. untuk menegakkan solat. 'Sesungguhnya Allah menghadapkan wajah-Nya selama hamba tersebut tidak berpaling/menoleh. Maka jika kamu sedang solat janganlah berpaling/menoleh."
Sesungguhnya ibadah solat, dalam semua gerakannya menunjukkan ketundukan kepada Allah. Allah berfirman maksudnya:
"Berdirilah untuk Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk." (Surah al-Baqarah 2:238).

Terlupa Tahiyat Awal dan Sujud Sahwi

Andai saya terlupa untuk duduk tahiyat awal, saya perlu sujud sahwi. Tetapi andai saya turut terlupa untuk sujud sahwi, perlukah saya mengulangi solat?

JAWAPAN:
Sunat sujud sahwi bagi mereka yang tidak mengerjakan tahiyat awal. Hukum sujud sahwi adalah sunat menurut majoriti ulama dan tidak perlu diulangi solatnya jikalau terlupa atau sengaja meninggalkannya. Riwayat Muslim mengatakan, "Kalau seseorang menambahkan sesuatu atau mengurangi sesuatu dalam solatnya, maka hendaknya ia bersujud dua kali."

Anak Menjadi Imam

Adakah dibolehkan seorang anak yang belum baligh tetapi elok bacaan al-Qurannya menjadi imam bagi jemaah wanita seperti ibunya,kakaknya atau adik-adiknya?

JAWAPAN:
Menurut ulama kalangan mazhab Al-Hanafiyah, tidak sah anak kecil menjadi imam solat, sama ada solat fardu ataupun solat sunat. adapun ulama di kalangan mazhab Imam Malik dan Hanabilah, menjelaskan yang tidak sah hanya solat fardu, untuk solat sunat, hukumnya sah. Dalil mereka ialah:
Al-Atsram meriwayatkan dari Ibn Mas'ud r.a. dan Ibn Abbas r.a. bahawa: "Janganlah seorang anak kecil mengimami solat jemaah sehinggalah dia bermimpi."
menurut mazhab al-Syafi'i, dibolehkan mengikuti imam anak kecil berdasarkan satu dalilnya sangat kuat, yang mana Al-Bukhari mensahihkan hadis tersebut daripada Jabir r.a.
diriwatkan daripada Amr bin Salamah katanya: "aku pernah menjadi imam pada zaman Rasulullah s.a.w. sedangkan aku adalah anak kecil yang berumur tujuh tahun."
namun sah juga anak kecil menjadi imam solat Jumaat, tetapi makruh. seandainya anak kecil tersebut belum khatan, kena pastikan bahagian dalam zakarnya yang ditutupi kulit dibersihkan daripada najis air kencing sebelum solat.

Elakkan daripada "Kehabisan" masa

masa merupakan sesuatu yang sangat penting dan sangat berharga. masa yang telah pergi, tidak mungkin akan dapat dicari ganti. ia bukan seperti harta atau kekayaan. harta atau kekayaan masih boleh dicari seandainya kita telah kehilangan harta atau kekayaan yang kita anda. tetapi tidak bagi masa.

ada orang mengatakan yang masa itu adalah emas. tetapi sebenarnya masa itu lebih berharga daripada emas. emas boleh dicari ganti tetapi masa tidak. bijak pandai Islam ada mengatakan yang masa adalah kehidupan. kenyataan itu adalah benar. dengan adanya masa, maka adanya kehidupan. berbagai perkara yang boleh dilakukan dengan adanya masa. kita boleh bekerja, bersenang-senang, berhibur dan berbagai lagi perkara yang boleh kita lakukan.

walau apapun yang kita lakukan, kita seharusnya ingat bahawa setiap masa yang berlalu harus diisi dengan sebaiknya. kita tidak boleh biarkan ia berlalu dengan sia-sia. pastikan setiap perkara yang kita lakukan itu memberi manfaat samada buat diri kita ataupun orang lain. apa yang penting, kita jangan biarkan ia berlalu tanpa melakukan apa-apa. itu amat merugikan.

sering kali kita menghadapi berbagai masalah ketika cuba untuk menguruskan masa dengan sebaiknya. ketika kita berusaha keras untuk memenuhi masa dengan sebaiknya, ketika itulah ada sahaja gangguan yang mendatang. ketika itulah kita seringkali disibukkan dengan pelbagai perkara yang diluar jangkaan kita. ketika inilah kita harus bijak dalam menangani semua ini. kita harus sentiasa bersedia dan berwaspada.

sebelum memulakan sesuatu perkara itu, kita harus berfikir samada apa yang kita akan lakukan ini akan memberi manfaat atau tidak. seandainya jawapannya ya, maka teruskanlah dengan perkara tersebut. dan seandainya jawapannya tidak, maka berusahalah untuk menjauhi perkara tersebut dan cepat-cepat beralih kepada perkara yang lebih penting dan bermanfaat. sekiranya kita tidak berusaha untuk menjauhinya, maka kita akan terus hanyut dalam keadaan tersebut. ini akan menyebabkan masa kita terbuang begitu sahaja.

selain itu kita harus merancang setiap apa yang ingin kita lakukan. dengan merancang, kita akan dapat memudahkan semua urusan kita dan dapat melakukan banyak perkara dalam sesuatu masa. pakar ada mengatakan yang merancang akan membuatkan umur kita bertambah panjang.

Labels:

Kemewahan yang tidak berkat

berbagai cara manusia gunakan untuk mengaut keuntungan dan kemewahan. ada yang sanggup mencuri,mengambil rasuah,menipu,merompak,meragut dan lain-lain lagi. semuanya ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan kesenangan dan kemewahan dengan mudah dan cepat. tetapi perbuatan mereka ini hanya menyusahkan orang lain.

perbuatan sebegini amatlah tidak disukai oleh semua orang. perbuatan negatif sebegini hanya akan memburukkan keadaan. mereka yang melakukan perkara sebegini hanya akan menyusahkan hidup orang lain. malah perbuatan sebegini hanya akan menyusahkan diri sendiri.

Labels:

Isteri Berkhalwat

Terkejut aku setelah membaca petikan berita tentang seorang isteri yang ditangkap khalwat. sangkaku seorang isteri yang telah lama berkahwin. perkara sebegitu boleh dikatakan telah banyak berlaku. tetapi ini mengenai seorang isteri yang baru sahaja dikahwini tidak sampai dua minggu. perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. ini amat memalukan.

seorang isteri sanggup meninggalkan suaminya yang baru sahaja dikahwini semata-mata kerana mahu mengikuti bekas teman lelakinya. apa matlamat sebenarnya dia memilih untuk berkahwin dengan suaminya seandainya dia masih menyintai bekas teman lelakinya. apa gunanya dia menjadi isteri seandainya dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.

apa yang lebih memeranjatkan, si isteri itu masih boleh bermain mesej ketika berada di atas pelamin. tidakkah perkara sebegitu amat menjengkelkan? apa pandangan orang ramai yang berada di situ pada waktu persandingan itu berlangsung apabila mereka melihat pengantin perempuan masih boleh memegang handphone di atas pelamin? tidakkan mereka akan memikirkan perkara-perkara negatif yang boleh memburukkan nama baik keluarga pengantin.

perbuatan si isteri telah memburukkan institusi kekeluargaan. sebagai seorang isteri, dia harus berbakti dan berikan sepenuh perhatiannya terhadap suaminya. tetapi perkara sebaliknya yang berlaku.si suami tetap setia menanti walaupun dia mengetahui mengenai perkara buruk yang telah dilakukan oleh isterinya.

masyarakat tidak boleh memandang remeh perkara sebegini. seandainya perkara sebegini dibiarkan, institusi kekeluargaan akan menjadi kucar kacir. berbagai perkara negatif lain tidak mustahil berlaku. kita harus mengmbil iktibar dari perkara sebegini dan berusaha untuk memperbaikinya. dan kepada mereka yang mahu mendirikan rumah tangga, persiapkanlah diri mengenai tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami. perkahwinan bukan hanya untuk menutup malu atau melempiaskan nafsu, tetapi ia lebih dari itu.

Labels:

kemana perginya persaudaraan?

dikala seluruh penduduk Malaysia menikmati pembangunan yang semakin berkembang pesat, masih ada lagi penduduk yang hidup dalam kesedihan. mereka masih hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan. dimanakah silapnya? apakah mereka ini ketinggalan zaman? atau mereka ini telah ditinggal jauh oleh pembangunan yang sentiasa mara ke depan? bukankah pembangunan itu bertujuan untuk memberi kemudahan dan kesenangan kepada manusia? tetapi mengapa masih ada manusia yang berada di dalam kesusahan?

sebagai manusia,kita harus sedar. kita hidup di dunia ini saling memerlukan. kita tidak boleh hidup sendirian. kita sentiasa bergantung hidup terhadap orang lain. mungkin kita tidak pernah sedar dengan semua ini. tetapi itulah hakikatnya.

seorang peniaga tidak akan berjaya menjadi peniaga seandainya tiada pemborong yang mahu menawarkan barang kepada si peniaga untuk diniagakan. selain itu, si peniaga juga memerlukan pembeli untuk membeli barang-barang yang diniagakannya. seandainya tiada pembeli yang mahu membeli barang-barang jualannya, apalah gunanya dia menjual semua brang-barang tersebut?

begitulah juga dalam kehidupan biasa. manusia saling memerlukan. yang tua memerlukan yang muda. yang muda memerlukan yang tua. yang miskin memerlukan yang kaya. yang kaya memerlukan yang miskin.yang miskin memerlukan yang kaya. setiap orang saling memerlukan. tiada siapa pun yang boleh hidup tanpa bantuan orang lain. kalau benar-benar ada manusia sebegitu, dia sebenarnya menipu.

disebabkan itulah kita harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kita. kita harus sentiasa melihat dan memerhatikan setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita. kita harus mengambil berat mengenai orang-orang yang berada di sekeliling kita. semua ini penting untuk memastikan tidak ada di antara kita yang terabai dan terasing. mereka harus dibantu agar kehidupan mereka terjamin.

sebagai Muslim, kita telah diajar tentang persaudara. kita telah dididik tentang silaturahim dengan jiran, saudara-mara, sahabat handai dan seluruh umat Islam. tetapi mengapakah masih terdapat umat Islam yang nasib mereka tidak terbela? malah mereka turut dicaci dan di keji. inikah ajaran Islam yang sebenarnya? adakah sudah tidak lagi wujud umat Islam di Malaysia ini sehingga ada rakyat Malaysia yang beragama Islam terbiar melarat tanpa bantuan?

Labels:

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

Blog Archive

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "