Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Perpaduan

Hidup ini terasa sunyi bila diri tersisih dari masyarakat. Jiwa terasa kosong. Fikiran terasa bercelaru. Itu adalah antara perasaan yang dialami oleh mereka yang dibiarkan tanpa perhatian dari sesiapa.

Perpaduan merupakan satu cara yang paling sesuai agar tiada seorang pun dari kalangan masyarakat disisih dan dibiarkan tanpa perhatian dan bantuan. Di dalam ajaran Islam sendiri ada di ajarkan tentang silaturahim. Silaturahim di antara ahli keluarga. Silaturahim di antara jiran-jiran. Silaturahim di antara sahabat handai. Silaturahim di antara sesama Islam. Tidak lupa juga silaturahim sesama manusia. Semuanya ini bertujuan untuk menyatukan seluruh manusia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan yang kehidupan manusia dan seluruh makhluk di dunia ini terpelihara dari ancaman-ancaman yang tidak diingini. Ia juga bertujuan untuk memastikan yang pembangunan dan kemajuan dapat diteruskan dengan baik.

Namun, kita masih jauh dari semua itu. Perpaduan yang diwar-warkan hanya seperti angin yang bertiup. Datang dan terus berlalu pergi. Lihatlah masyarakat kita ketika ini, jauh dari perpaduan. Tiada kesatuan dalam kehidupan dan yang wujud hanyalah perpecahan. Perpecahan dalam persaudaraan. Perpecahan dalam persahabatan. Perpecahan dalam rumah tangga. Tidak kurang juga perpecahan dalam masyarakat.

Cuba kita selami hidup ini sedalam-dalamnya. Apa yang telah kita lakukan terhadap masalah-masalah yang timbul dalam keluarga kita, persahabatan kita dan masyarakat kita? Adakah kita berusaha untuk sama-sama berganding bahu menyelesaikan masalah yang timbul? Atau kita biarkan hubungan itu hancur hanya kerana kepentingan diri kita sendiri?

Hanya kerana perkara-perkara remeh dan kecil, seluruh dunia boleh hancur. Pernahkah kita fikirkan tentang semua itu. Kenapa kita mesti berbalah dalam menyelesaikan masalah? Mengapa kita tidak boleh berusaha untuk menerima pendapat orang lain sehingga kita sanggup menghancurkan perpaduan di kalangan kita? Kenapa ini semua berlaku? Terutama di kalangan masyarakat Melayu.

Cuba kita lihat sekeliling kita. Cuba kita lihat masyarakat Cina, mereka sentiasa hidup saling bantu-membantu. Banyak rumah-rumah persatuan didirikan semata-mata untuk memastikan kesatuan di antara mereka terpelihara. Mereka menjalankan pelbagai aktiviti bersama. Sekiranya ada permasalahan yang timbul, mereka turut serta merasai permasalahan tersebut.
Mengapa kita tidak boleh melakukan seperti itu?

Kita punya masjid dan surau yang didirikan di merata-rata tempat di negara ini. Tujuan utama masjid-masjid didirikan oleh Rasulullah s.a.w. adalah untuk menyatupadukan umat Islam seluruhnya. Melalui masjid, pelbagai maklumat dan masalah dapat dikongsi bersama. Tetapi kini yang berlaku adalah sebaliknya. Masjid dan surau sudah semakin kurang penghuninya. Seolah-olah masjid dan surau telah 'mati' ditelan waktu. Ia didirikan semata-mata sebagai hiasan cuma.

Marilah kita renung kembali. Adakah diri kita ini sentiasa berusaha untuk memastikan perpaduan kita terus kekal dan kuat? Adakah diri kita sentiasa berusaha untuk memastikan setiap permasalahan yang timbul diselesaikan bersama? Adakah kita sentiasa berusaha untuk membuang ego kita sejauh yang mungkin semata-mata untuk menerima pendapat orang lain? Marilah kita fikirkan bersama manfaat dan hasil yang bakal kita tuai sekiranya perpaduan di antara kita semua teguh berdiri dan kuat.

Labels:

Guru

Sekolah merupakan tempat untuk menuntut ilmu. Di sini, guru-guru yang bertauliah dilantik untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar mereka mendapat ilmu yang berguna.

Namun kini, kebanyakan guru sudah lupa akan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Ada dikalangan guru yang menjadikan murid -murid mereka sebagai tempat untuk melempiaskan nafsu. Ini telah menjatuhkan martabat guru itu sendiri. Selain itu, guru-guru yang ikhlas mendidik anak bangsa sendiri turut menerima tempias keburukan guru yang tidak bertanggungjawab itu.

Wahai guru-guru, sedarlah akan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kamu. Janganlah kamu merosakkan institusi perguruan semata-mata kerana menurut nafsu. Jadilah pendidik dan contoh yang terbaik. Janganlah jadikan profesion guru semata-mata kerana mencari keuntungan di dunia. Ia bahkan mendapat manfaat yang tinggi di akhirat nanti.

Labels:

Kecanggihan Dunia Teknologi

Dewasa ini, kecanggihan teknologi telah menghantui kehidupan kita. Pelbagai gadget baru yang dikeluarkan oleh pihak pengeluar. Mereka bersaing sesama sendiri untuk memastikan produk mereka terjual laris di pasaran. Semua gadget ini telah memberikan banyak kemudahan dan kesenangan kepada para pengguna. Kebanyakan daripadanya dicipta untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk berhubung.

Teknologi maklumat merupakan satu medan penting bagi setiap orang untuk mengetahui berita-berita dan maklumat-maklumat terkini mengenai pelbagai perkara. Sesuatu berita dan maklumat mudah tersebar melalui jaringan internet. Internet telah menjadi medan utama kepada semua untuk mendapatkan berita,maklumat dan sebagainya.




Dengan perkembangan penggunaan internet, para pengeluar bersaing untuk mengeluarkan alat yang akan memudahkan pengguna untuk melayari internet di mana sahaja mereka berada. oleh sebab itu, maka terhasillah telefon-telefon pintar, 'netbook', pelayar internet mudah alih dan sebagainya lagi.

Dengan kebanjiran alat-alat sebegini, kita telah melangkah ke dalam satu dunia baru. Dunia yang penuh dengan keperluan kepenggunaan. Dahulu, tempat tinggal, makanan, pakaian dan pengangkutan menjadi perkara asas dalam kehidupan seharian. Namun kini segalanya telah berubah. Alat-alat komunikasi dan pelayar-pelayar internet mudah alih menjadi alat penting dalam kehidupan individu. Tanpa semua ini, hidup terasa kosong. Seolah-olah kita hidup dalam dunia kegelapan. Tanpa cahaya yang akan menjadi pembimbing dan petunjuk dalam menuju kehidupan yang lebih baik.



Kesemua ini telah merubah hidup kita menjadi individu yang lebih banyak menghabiskan waktu berhadapan dengan segala jenis alatan-alatan canggih. Kita telah mula menjauhkan diri kita dengan kehidupan normal. Kita lebih banyak menghabiskan masa kita dengan berhubung di dalam talian daripada berbual secara bersemuka. Kita lebih banyak mencari maklumat-maklumat dengan menggunakan 'search engin' yang terdapat di dalam talian daripada mengunjungi kedai-kedai buku atau perpustakaan-perpustakaan. Walaupun kita sedar yang sesetengah daripada sumber maklumat itu adalah salah, namun kita masih mahu mengambilnya sebagai sumber utama.

Segalanya telah merubah kehidupan kita. Dengan teknologi, kita berperang dengan hidup kita. kita tidak mahu dikatakan kolot kerana ketinggalan jauh darinya. Namun kita perlu sedar bahawa, semuanya ini akan memberi impak yang besar dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu, kita harus bijak dalam menentukan arah hidup kita supaya ia tidak akan memberi kesan buruk di kemudian hari.

Labels:

Isu Pembuangan Bayi

Mengejutkan, sedih serta bingung apabila melihat kekejaman kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di negara ketika ini. Manusia seolah-olah sudah tidak punya perasaan belas kasihan apabila bayi yang masih kecil, dibunuh dan dibuang sesuka hati. Apakah dosa bayi itu sehingga mereka diperlakukan sebegitu? Sungguh, manusia yang sanggup memperlakukan sebegitu, bukan lagi manusia, tetapi lebih teruk daripada haiwan.

Minggu lepas sahaja, beberapa kes pembunuhan dan pembuangan bayi berlaku. Kes pertama berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam. Kes kedua pula berlaku di Alor Setar, Kedah. Seorang bayi perempuan telah ditemui masih hidup. Kes ketiga pula berlaku di Masjid Jamek Permatang Duyong, Melaka. Mayat seorang bayi perempuan ditemui dipenuhi semut di pintu pagar masjid. Dan yang terakhir berlaku di Kuala Krai. Mayat seorang bayi lelaki ditemui terbakar dalam tong.

Tabiat buruk membuang bayi ini adalah membimbangkan. Tabiat ini boleh menyebabkan pertambahan masalah sosial di kalangan masyarakat. Selain itu, ia boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan. Ia juga boleh memberi impak negatif dari segi psikologi terhadap mereka yang terlibat dengan tabiat ini.

Sekiranya tabiat buruk ini terus berleluasa, tidak hairan suatu hari nanti kita boleh menemui mayat-mayat bayi yang dibuang seperti sampah dimerata-rata tempat. Perkara ini akan menjadi semakin serius sekiranya tidak dibendung.

Peningkatan kes pembuangan bayi menunjukkan ramai anggota masyarakat kini mengalami tekanan hidup dan mereka tidak tahu menanganinya dengan bijak. Ini menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan membuang bayi yang tidak berdosa.

Mereka yang melakukan perbuatan sebegini adalah mereka yang terlibat dengan pergaulan bebas sehingga melahirkan anak luar nikah. Mereka ini terdesak dan hilang pertimbangan kerana merasa malu dengan apa yang telah mereka lakukan. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuang bayi setelah melahirkannya. Mereka sudah tidak memikirkan haram halal sesuatu perbuatan itu. Mereka ini tidak ada panduan dalam soal agama sehingga tergamak membuang amanah Allah atau membiarkan bayi itu mati. Apa yang mereka tahu, mereka dapat menutupi kesalahan yang telah mereka lakukan. Sebenarnya mereka silap. Tindakan yang mereka ambil ini sebenarnya hanya menambahkan lagi masalah mereka. Tindakan sebegini akan menyebabkan seluruh rakyat di negara ini dapat menghidu perbuatan yang telah mereka lakukan. Ini akan membuatkan mereka lebih tertekan.

Selain itu, institusi keluarga yang semakin lemah akibat kesibukan mengejar kejayaan juga mendorong pertambahan kes pembuangan bayi ini. Remaja-remaja yang bermasalah tidak mempunyai tempat untuk mengadu. Mereka tidak dapat mencari penyelesaian di atas segala masalah yang mereka hadapi. Sekiranya institusi keluarga memainkan peranan penting dalam mendidik dan membimbing keluarga masing-masing, perkara sebegini dapat dielakkan.

Stigma masyarakat yang memandang serong ibu yang membesarkan bayi tanpa ikatan perkahwinan juga mendorong pembuangan bayi. Masyarakat seharusnya membantu dan membimbing mereka yang terlibat dengan perbuatan ini agar mereka kembali ke jalan yang benar dan tidak mengulanginya lagi. Mereka tidak seharusnya dihukum, sebaliknya mereka perlu diberi kaunseling dan bimbingan. Mungkin mereka telah tersalah langkah sehingga melahirkan anak luar nikah, tetapi ini bukan bermakna mereka harus disisih dan dipandang serong. Mungkin benar ada pendapat mengatakan sekiranya, perbuatan sebegitu masih diberikan layanan dengan baik, tidak mustahil ramai lagi yang akan terlibat dengan perzinaan dan melahirkan anak luar nikah. Tetapi kita harus ingat, sekiranya kita membantu mereka, masalah pembuangan bayi ini dapat dikurangkan. Dengan ini kita dapat menyelesaikan satu masalah.

Tanggungjawab bagi membendung gejala pembuangan bayi ini tidak hanya terletak dibahu kerajaan. Seluruh masyarakat harus berganding bahu untuk sama-sama berusaha mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Isu ini bukan kesalahan ibu semata-mata, tetapi semua pihak harus turut merasa bersalah. Apabila pendekatan sebegini dapat dipraktikkan, masyarakat akan lebih bersikap terbuka dan bertanggungjawab dalam mengatasi masalah sebegini. Masyarakat akan lebih prihatin dan berusaha bagi mencegah kejadian seperti ini berulang.

Masyarakat perlu mengambil pengajaran daripada kes-kes yang berlaku dengan meningkatkan pengawasan ke atas anak remaja. Anak remaja tidak boleh dibiarkan lepas bebas untuk bergaul tanpa pengawasan. Ibu bapa harus sentiasa mengambil berat mengenai pergaulan anak remaja mereka. Elakkan anak remaja mereka dari bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan bebas ini sebenarnya yang mendorong berlakunya pembuangan bayi. Kerana mahu menutupi malu setelah mereka melakukan hubungan diluar perkahwinan, mereka mengambil jalan pintas dengan membuang bayi yang dilahirkan.

Ibu bapa juga harus memberikan didikan agama yang terbaik dan menggunakan pendekatan psikologi yang berkesan dalam mendidik anak-anak.

Anak-anak adalah harta yang paling berharga. Mereka adalah amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita. Oleh itu, kita harus menjaga dan mendidik anak-anak dengan sebaiknya. Membuang bayi adalah satu dosa yang besar kerana kita telah mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada kita. Sekiranya kita malu untuk membesarkan bayi yang kita kandung diluar nikah, banyak lagi cara lain yang boleh kita gunakan untuk menutupi rasa malu itu. Ingatlah, masih ramai lagi orang diluar sana yang bersusah payah berusaha untuk mendapatkan anak, tetapi kita dengan mudah membuangnya. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari perbuatan keji ini. Nauzubillah.








Labels:

Haruan Makan Anak

Kisah haruan makan anak sudah menjadi sebahagian daripada episod kehidupan rakyat Malaysia ketika ini. Tidak dinafikan yang saban hari ada sahaja berita mengenainya disiarkan. Kita semakin jelik dengan situasi yang berlaku kala ini. Sudah tidak sanggup lagi untuk kita menatap media-media massa yang menyiarkan berita mengenai perkara ini.

Saban hari ada sahaja berita mengenai bapa rogol anak, bapa cabul anak, bapa liwat anak dan bermacam-macam lagi berita yang melibatkan ketua keluarga dan anak kandung mereka sendiri. Apa yang lebih malang, perbuatan ini dilakukan oleh orang Melayu yang beragama Islam. Dimana letaknya maruah agama Islam yang lengkap dan terbaik daripada agama-agama lain?

Islam tidak pernah mengajar kita untuk melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk seperti ini. Malah Islam telah menetapkan tanggungjawab dana amanah yang harus dipikul oleh bapa sebagai ketua keluarga. Tetapi dimanakah rasa tanggungjawab dan amanah itu dicampakakan sehingga mereka sanggup menjadi seperti haruan makan anak?

Tergamakkah seorang bapa yang mempunyai fikiran yang waras bertindak kejam terhadap anak sendiri? Sanggupkah kita melihat masa depan darah daging kita tercemar disebabkan oleh perbuatan terkutuk kita?

Islam telah mendidik kita mengenai akal dan nafsu. Akal digunakan untuk berfikir manakala nafsu pula ada lumrah kehidupan sebagai manusia. Tanpa nafsu, manusia tidak akan mempunyai keinginan. Tanpa akal, manusia tidak akan mampu untuk berfikir. Walaubagaimanapun, akal dan nafsu boleh membawa kita ke arah kesesatan sekiranya tidak dikawal dengan baik.

Allah s.w.t tidak menjadikan akal dan nafsu sebagai cara untuk mencari kepuasan diri. Sebaliknya akal dan nafsu itu dijadikan agar manusia dapat berfikir dan melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Oleh itu, kita seharusnya menggunakan akal dan nafsu itu ke arah kebaikan. Janganlah kerana terlalu mencari kepuasan, kita sanggup menghancurkan masa depan anak kandung kita sendiri.

Kepada mereka yang tercebak dengan perkara ini, diharapkan agar mereka dapat kembali ke pangkal jalan. Janganlah mereka disisihkan. Bantulah mereka untuk mencari sinar baru dalam hidup mereka. Kepada mereka yang lain, sama-samalah kita berusaha agar tidak terjebak dengan perkara sebegini. Nauzubillah.

Labels:

Jauhi Budaya Songsang Hari Valentine

Hari Kekasih atau Hari Valentine adalah hari yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih di seluruh dunia. hari ini merupakan hari untuk memperingati dan membuktikan rasa cinta mereka terhadap kekasih masing-masing.

Pelbagai perancangan telah dirancang untuk dijadikan kejutan buat pasangan masing-masing. Ada di antara mereka yang merancang untuk mengadakan jamuan makan malam di restoran-restoran yang menarik dan romantik. Ada juga yang merancang, pertemuan di taman-taman bunga. Dan tidak kurang juga yang merancang pertemuan yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain sebelum ini bagi memastikan Hari Kekasih ini akan diingati sampai bila-bila.

Tidak kurang juga hadiah-hadiah menarik telah dibeli bagi merancakkan lagi hari tersebut. Ada yang membelikan bunga, jam tangan, barang kemas, coklat dan pelbagai lagi hadiah menarik. Tujuannya adalah untuk membuatkan pasangan mereka teruja dengan segala hadiah yang diberikan.

Adakah Kita mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan Valentine? Darimanakah asalnya Valentine? Mengapa ia sangat popular?

Menurut sejarah, pada zaman dahulu kala, bangsa Romawi memperingati suatu hari besar setiap tanggal 15 Februari yang dinamakan Lupercalia. Peringatan hari besar ini dirayakan untuk menghormati Juno (Tuhan Wanita) dan Perkahwinan, serta Pah (Tuhan dari Alam). Pada saat itu digambarkan orang-orang muda (lelaki dan wanita) memilih pasangannya secara undian. Kemudian mereka bertukar hadiah sebagai pernyataan cinta kasih. Diikuti pula pesta bersama pasangan masing-masing.

Perayaan Lupercalia adalah rangkaian upacara pensucian di masa Romawi Kuno (13-18 Februari). Dua hari pertama, dipersembahkan untuk dewi cinta (Queen of Feverish Love) Juno Februata. Pada hari ini, para pemuda mengundi nama-nama gadis lalu mereka mengambil nama secara acak dan gadis yang namanya keluar harus menjadi pasangan pemuda tersebut selama setahun untuk senang-senang dan hiburan.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Selama upacara ini, kaum muda memukul orang dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk dipukul kerana menganggap pukulan itu akan membuat mereka menjadi lebih subur.

Ketika agama Kristian Katolik menjadi agama negara di Roma, penguasa Romawi dan para tokoh agama katolik Roma menjadikan upacara ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristiani, antara lain mengganti nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Di antara pendukungnya adalah Kaisar Konstantine dan Paus Gregory I (lihat: The Encyclopedia Britannica, sub judul: Christianity). Agar lebih mendekatkan lagi pada ajaran Kristian, pada 496 M, Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan nama Saint Valentine's Day untuk menghormati St. Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari (lihat: The World Book Encyclopedia 1998).

The Catholic Encyclopedia Vol. XV sub judul St. Valentine menuliskan ada 3 nama Valentine yang mati pada 14 Februari, seorang di antaranya dilukiskan sebagai yang mati pada masa Romawi. Namun demikian tidak pernah ada penjelasan siapa "St. Valentine" yang termaksud, juga dengan kisahnya yang tidak pernah diketahui ujung-pangkalnya kerana setiap sumber mengisahkan cerita yang berbeza.

Sejarah Valentine di atas menjelaskan kepada kita apa sebenarnya Hari Valentine itu, yang tidak lain bersumber dari paganisme orang musyrik, penyembahan berhala dan penghormatan terhadap patung. Bahkan tiada kaitannya dengan kasih sayang. Lalu mengapa kita masih juga menyambut Hari Valentine?

Hari Valentine ini adalah budaya songsang yang 'ditaja' oleh Yahudi dan Kristian bagi menyesatkan umat Islam melalui hiburan dan perzinaan. Malangnya, masih ramai umat Islam yang tidak menyedari akan hal ini. Mereka masih lagi hanyut dengan budaya songsang ini. Mereka masih setia menantikan hari ini demi membuktikan rasa cinta dan kasih mereka terhadap pasangan mereka.

Hari Kekasih ini merupakan dakyah golongan kafir bagi menghalalkan perzinaan agar wujud satu komuniti masyarakat Islam yang sudah tidak lagi berpegang kepada ajaran yang sebenar. Pada hari tersebut, pasangan kekasih tanpa pertalian pernikahan akan berpeleseran terutamanya di kawasan taman, dataran serta hotel bagi melampiaskan nafsu dan perbuatan ini jelas melanggar hukum Islam.

Pada malam sambutan hari tersebut pula, ramai gadis yang kehilangan dara dan kehormatan sama ada kerana melakukan hubungan seks secara suka sama suka atau akibat dirogol. Mereka melakukan semua ini atas alasan kononnya demi membuktikan 'keagungan' cinta sempena smabutan Hari Kekasih. Maka, dengan ini hasrat golongan Yahudi dan Kristian untuk menyesatkan umat Islam berjaya.

Labels:

Petikan Dari Berita Sekeluarga Menyisih Diri

Manusia sudah hilang harga diri. Tiada lagi belas kasihan yang wujud di hati mereka. Mereka tidak lagi dapat menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara dengan sebaiknya. Mereka telah dikuasai nafsu yang tidak pernah puas.

Setelah membaca berita yang bertajuk 'Sekeluarga Menyisih Diri' dalam Harian Metro, hati saya tergerak untuk menulis di dalam blog ini. Saya merasa sedih dan bersimpati di atas apa yang telah berlaku terhadap seorang wanita yang telah dirogol oleh tiga orang manusia berhati iblis yang bernama lelaki.

Ketiga-tiga lelaki yang berhati iblis itu telah memperkosa gadis tersebut bergilir-gilir. Sambil itu, perbuatan tersebut turut dirakam dan disebarkan menerusi telefon bimbit. Perlakuan tersebut telah menyebabkan mangsa dan keluarganya menyisihkan diri dari masyarakat kerana malu dengan apa yang telah berlaku.

Bagi mereka yang mempunyai akal yang waras, perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku. Mereka hanya menberi aib terhadap orang lain. Perbuatan tersebut amatlah keji dan tidak dapat diterima. Sebagai manusia, mereka seharusnya bertindak dan melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan kebaikan terhadap orang lain, bukan menambahkan lagi beban dan penderitaan mereka.

Setiap dari kita adalah bersaudara. Walau apa pun agama, bangsa, warna kulit atau pemikiran kita, kita tetap lahir dari manusia yang sama iaitu Nabi Adam a.s. dan Hawa. Dari merekalah lahirnya bangsa-bangsa yang terdapat di seluruh dunia ini. Oleh itu, kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa setiap dari kita adalah bersaudara.

Sebagai saudara, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi dan menjaga kebajikan orang disekeliling kita. Kita tidak seharusnya bertindak seperti haiwan yang sanggup menghancurkan dan merosakkan masa depan orang lain kerana menurut nafsu.

Buat mereka yang pernah melakukan kejahatan dan merosakkan masa depan orang lain, bertaubatlah. Sedarlah yang hidup ini hanya sementara. Segala perbuatan kita di dunia ini akan dinilai dan diberikan balasan yang setimpal dengan perbuatan kita. Insaflah sebelum terlambat.


Labels:

Pemimpin Dan Ulama

Ustaz atau ulama merupakan ilmuan agama yang patut menjadi contoh kepada orang lain. Mereka memiliki ilmu agama yang tinggi dan memahami selok belok agama dengan lebih mendalam. Berbanding orang biasa, mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan mendalami ilmu agama.

Dari sisi agama, mereka dipandang mulia dan martabat mereka diangkat lebih tinggi kerana ilmu dan amalan mereka menjadi ikutan orang lain. Oleh itu, mereka sepatutnya menunjukkan teladan dan didikan yang baik dengan segala ilmu yang mereka miliki.

Tetapi sekarang lain yang berlaku. Ustaz atau ulama disisihkan oleh masyarakat. Mereka sepatutnya dijadikan rujukan dalam segala perkara. Tidak kira dalam urusan keagamaan, ekonomi, politik atau apa sahaja. Islam merangkumi semua aspek kehidupan. Dari segi kehidupan seharian sehinggalah dalam bidang pekerjaan dan pentadbiran. Islam adalah agama yang lengkap.

Dahulu, kedudukan ustaz atau ulama disanjung tinggi oleh pemimpin-pemimpin negeri atau negara kerana kedudukan dan ilmu yang mereka miliki. Mereka dilantik sebagai penasihat dalam bidang pentadbiran. Segala keputusan akan dirujuk kepada mereka sebelum dilaksanakan. Tetapi kini segalanya telah berubah. Mereka disisih jauh. Pandangan dan pendapat mereka, tidak lagi mendapat perhatian semua. Segala tegahan dan larangan mereka tidak lagi dipedulikan. Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku.

Dalam keadaan negara yang sedang mengejar kemajuan, institusi keagamaan tidak boleh disisihkan. Mereka sepatutnya diangkat tinggi setaraf dengan kedudukan pemimpin-pemimpin negara. Pemimpin adalah pelaksana dalam pentadbiran. Manakala ustaz atau ulama adalah pemikir dan penasihat dalam segala hal. Pemimpin tidak akan mampu melaksanakan kepimpinan dengan baik tanpa nasihat dan pendapat yang berlandaskan hukum yang betul menurut agama.

Cuba kita lihat negara-negara lain. Mereka berjaya mencapai kemajuan tetapi lihatlah bagaimana pincangnya kedudukan rakyat mereka dan pentadbiran mereka. Berbagai masalah timbul. Dari segi pemikiran dan perbuatan. Semuanya tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Rakyat hidup dalam tekanan. Pemimpin pula melaksanakan pemimpinan berteraskan pemikiran sendiri semata-mata. Mereka tidak menilai semua itu dari segi pemikiran yang boleh diterima oleh semua.

Lihatlah berapa ramai yang sengsara dengan segala perbuatan pemimpin negara masing-masing. Lihatlah bagaimana Thailand, Indonesia, Filipina dan beberapa negara-negara lain sentiasa mengalami masalah dalam pentadbiran. Tampuk pemerintahan mereka sering kali berubah. Rakyat pula dilanda penderitaan dan kesengsaraan. Semuanya disebabkan oleh tiadanya penasihat yang dapat menjadi pembimbing dan penasihat yang boleh membantu dalam bidang pentadbiran dan sosial.

Pemimpin dan ulama tidak seharusnya dipisahkan. Mereka sepatutnya sama-sama disatukan. Mereka saling memerlukan di antara satu sama lain. Segala hal dan masalah dapat dilaksanakan dan diselesaikan dengan sebaiknya dengan kerjasama di antara mereka.

Labels:

Ubat Frust Atau Putus Cinta

Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta,

pada suatu saat akan bertemu jua

cinta sejati yang ditunggunya!


Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga, sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas. Aneh sekali derita sakit putus cinta ini benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam. Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan Rasulullah SAW?


Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.


Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya. Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali. (Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang frust dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani memperkosa kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.


Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?


Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimeterai sewaktu sedang syok bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).


Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah.. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.


Sebagai hamba Allah, renungilah firman Allah ini:

Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui. Al Baqarah.


Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.


Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, mengapa aku terpaksa menanggung derita ini. Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter ter segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?


Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, Tuhan ada! Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!


Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya terpaksa bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.


Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati. Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya. Cubalah fikirkan siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir


Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya! Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!


Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama orang yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu. Allah ganti yang lebih baik. Tak sangka, kami akan serasi begini. Begitulah suara-suara testimonial daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).


Ya, pada waktu terkena dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!


Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai mata rantai yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.


Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah sekolah yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.


Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham pelajaran yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan frust berkali-kali.


Semasa kita di peringkat remaja ada pelajaran-pelajaran tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah pelajaran-pelajaran itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya selesai di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa refer atau repeat akibat gagal dalam peperiksaan mereka.

Labels:

Isu Penggunaan Kalimah Allah

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh satu berita yang menggemparkan seluruh umat Islam di negara ini. Berita tersebut merujuk kepada penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Katolik dalam penerbitan mingguannya Herald-The Catholic Weekly. Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati seluruh umat Islam di seluruh negara.

Bagi seluruh umat Islam di negara ini, perkara ini tidak seharusnya berlaku dan tidak sepatutnya dibenarkan kerana ia melibatkan kemuliaan agama Islam itu sendiri. Dengan membenarkan penggunaan Allah dalam agama lain selain agama Islam, dirasakan seolah-olah umat Islam telah merendahkan martabat Pencipta Yang Maha Agung dan Maha Esa.

Bagi penganut Kristian, mereka mempercayai konsep Trinity, iaitu God The Father, God the Son and The Holy Ghost (Allah sebagai Bapa, Allah sebagai Anak dan Roh Kudus). Kepercayaan ini bertentangan dengan kepercayaan penganut agama Islam yang mempercayai bahawa Allah itu Tunggal, iaitu Maha Esa. Tiada dua, tiga atau banyak. Allah cuma satu.

Kita mempercayai bahawa Allah mempunyai banyak nama. Terdapat 99 Nama-nama Allah yang wajib diketahui oleh umat Islam. Tetapi itu bukan bermakna Allah itu banyak. Itu hanyalah Nama-nama Allah yang disebutkan di dalam Al-Quran yang hanya layak dimiliki oleh Allah kerana kekuasaan yang dimiliki-Nya. Nama-nama itu juga membuatkan kita lebih memahami dan mengetahui akan Zat Allah. Pencipta yang Maha Agung.

Oleh hal yang demikian, sekiranya penggunaan Allah digunakan oleh Penganut agama lain selain Islam, dikhuatiri akan menimbulkan salah faham dan boleh merosakkan akidah umat Islam itu sendiri. Dari segi fizikalnya kita melihat ia tidak akan menjejaskan apa-apa, namun dari segi rohaninya ia boleh menimbulkan pelbagai persoalan dan pendapat yang berlainan dengan tujuan asal penggunaan Allah itu sendiri.

Oleh sebab itu, diharapkan agar pihak berwajib mengambil kira semua pendapat ini agar, perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan dapat pengelakkan permasalahan yang lebih besar timbul di kemudian hari. Sensitiviti agama harus menjadi keutamaan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Labels:

Perancangan Tahun Baru

1 Januari kembali lagi untuk kesekian kalinya. Setiap kali tibanya 1 Januari, pelbagai acara diadakan untuk meraikan kehadirannya. Konsert, pertunjukan bunga api, persembahan dan pelbagai lagi acara diadakan semata-mata untuk menanti detik 12 tengah malam. Apabila tepat pukul 12 tengah malam, seluruh penduduk dunia akan bersorak sambil mengucapkan selamat tahun baru.

Bagi mereka yang ekstremis dengan kehadiran 1 Januari, mereka akan merasa bahang kepanasan untuk musim baru yang bakal mereka tempoh. Pelbagai perancangan telah dirancang bagi menghadapi tahun baru. Ada yang merancang untuk membeli kereta baru. Ada juga yang merancang untuk membeli rumah baru. Tidak kurang juga bagi mereka yang merancang untuk mencari pasangan hidup. Walau apapun rancangan mereka, mereka pasti akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan segala perancangan tersebut.

Dalam kemeriahan penduduk dunia memasang cita-cita dan impian masing-masing, masih ada juga di antara kita yang tidak mempunyai perancangan apa-apa. Bagi mereka, 1 Januari adalah merupakan satu tarikh yang tidak memberi makna kepada mereka. Mereka adalah diri mereka sendiri. Tarikh tersebut tidak akan memberi impak apa-apa. Mereka tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mereka usahakan menjelang tahun baru. Pemikiran sebegini hanya akan merugikan diri mereka sendiri.

Azam atau perancangan untuk tahun baru sebenarnya akan membantu kita mencari arah tuju kita pada masa hadapan. Dengan menetapkan azam atau perancangan, kita telah membawa diri kita ke arah satu matlamat. Matlamat itu akan membuatkan kita berusaha untuk mencapai segala keazaman dan keinginankita. Dengan cara itu, hidup kita akan menjadi lebih terurus dan kita akan sentiasa berusaha untuk maju ke hadapan.

Dengan mempunyai azam dan perancangan, setiap detik yang berlalu dalam hidup kita pasti akan diisi dengan perkara yang berfaedah dan ia tidak akan dibiarkan begitu sahaja bagi memastikan semuanya berjalan lancar seperti yang telah kita rancangkan. Oleh itu, bagi mereka yang masih belum mempunyai perancangan, fikirkan lah sekurang-kurangnya satu azam atau impian yang ingin mereka capai dalam tahun ini. Bagi mereka yang sudah mempunyai perancangan, berusahalah sebaik-baiknya agar segala impian dan perancangan mereka akan tercapai.

Labels:

Rahsia Gadis 15 Tahun Hilang Dinihari Terbongkar

Rahsia hubungan seks seorang gadis bawah umur dengan teman lelakinya terbongkar apabila dia dilihat cuba 'menceroboh' masuk ke rumahnya pada awal pagi.

Rahsia tersebut diketahui apabila kepulangannya disedari oleh keluarganya. Mereka menyoal siasat gadis tersebut dan akhirnya dia tidak mempunyai pilihan lain melainkan mendedahkan perkara sebenar.

Menurutnya, kejadian pertama berlaku dalam bilik di rumah mangsa kira-kira jam 3 pagi. Kejadian berikutnya pula berlaku di sebuah gerai kedai makan kira-kira jam 2 pagi.

Apa yang menghairankan kita bagaimana perkara sebegini boleh berlaku. Tambahan pula perkara ini berlaku di dalam rumah gadis itu sendiri. Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku.

Ahli keluarga harus peka terhadap setiap perkara yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Perkara ini amat penting kerana ia boleh memburukkan nama baik keluarga itu sendiri. Selain meningkatkan masalah sosial di kalangan masyarakat.

Setiap ahli masyarakat harus peka dengan keadaan sebegini. Kita tidak boleh menunding jari dan menyalahkan mereka yang terlibat sahaja. Sebagai anggota masyarakat, kita harus turut sama memantau dan mengawasi jiran-jiran yang berada di sekeliling kita. Mereka tidak akan dapat mengawal setiap tindak-tanduk ahli keluarga mereka setiap masa. Oleh itu, masyarakat sekeliling lah yang harus memainkan peranan untuk menasihati dan memaklumkan kepada ahli keluarga mereka tentang perkara-perkara tidak baik yang mereka lakukan.

Ahli keluarga haruslah menerima teguran mengenai anak-anak mereka dengan baik. Mereka sepatutnya menyiasat akan setiap perkara yang anak mereka lakukan untuk memastikan akan kesahihan setiap berita yang diceritakan tentang anak mereka. Mereka tidak boleh hanya bersangka baik terhadap anak mereka. Perkara ini hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Kesimpulannya, ahli keluarga dan masyarakat harus saling berganding bahu untuk mengatasi masalah sosial yang semakin meruncing di kalangan remaja. Kejadian seperti ini dapat dielakkan jika pengawasan dan pemantauan ibu bapa dan penjaga dengan didasari dengan kasih sayang berpaksikan ajaran agama. Jangan biarkan nasi menjadi bubur baru hendak menyesal.

Labels:

Kemewahan yang tidak berkat

berbagai cara manusia gunakan untuk mengaut keuntungan dan kemewahan. ada yang sanggup mencuri,mengambil rasuah,menipu,merompak,meragut dan lain-lain lagi. semuanya ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan kesenangan dan kemewahan dengan mudah dan cepat. tetapi perbuatan mereka ini hanya menyusahkan orang lain.

perbuatan sebegini amatlah tidak disukai oleh semua orang. perbuatan negatif sebegini hanya akan memburukkan keadaan. mereka yang melakukan perkara sebegini hanya akan menyusahkan hidup orang lain. malah perbuatan sebegini hanya akan menyusahkan diri sendiri.

Labels:

Isteri Berkhalwat

Terkejut aku setelah membaca petikan berita tentang seorang isteri yang ditangkap khalwat. sangkaku seorang isteri yang telah lama berkahwin. perkara sebegitu boleh dikatakan telah banyak berlaku. tetapi ini mengenai seorang isteri yang baru sahaja dikahwini tidak sampai dua minggu. perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. ini amat memalukan.

seorang isteri sanggup meninggalkan suaminya yang baru sahaja dikahwini semata-mata kerana mahu mengikuti bekas teman lelakinya. apa matlamat sebenarnya dia memilih untuk berkahwin dengan suaminya seandainya dia masih menyintai bekas teman lelakinya. apa gunanya dia menjadi isteri seandainya dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.

apa yang lebih memeranjatkan, si isteri itu masih boleh bermain mesej ketika berada di atas pelamin. tidakkah perkara sebegitu amat menjengkelkan? apa pandangan orang ramai yang berada di situ pada waktu persandingan itu berlangsung apabila mereka melihat pengantin perempuan masih boleh memegang handphone di atas pelamin? tidakkan mereka akan memikirkan perkara-perkara negatif yang boleh memburukkan nama baik keluarga pengantin.

perbuatan si isteri telah memburukkan institusi kekeluargaan. sebagai seorang isteri, dia harus berbakti dan berikan sepenuh perhatiannya terhadap suaminya. tetapi perkara sebaliknya yang berlaku.si suami tetap setia menanti walaupun dia mengetahui mengenai perkara buruk yang telah dilakukan oleh isterinya.

masyarakat tidak boleh memandang remeh perkara sebegini. seandainya perkara sebegini dibiarkan, institusi kekeluargaan akan menjadi kucar kacir. berbagai perkara negatif lain tidak mustahil berlaku. kita harus mengmbil iktibar dari perkara sebegini dan berusaha untuk memperbaikinya. dan kepada mereka yang mahu mendirikan rumah tangga, persiapkanlah diri mengenai tanggungjawab sebagai seorang isteri dan suami. perkahwinan bukan hanya untuk menutup malu atau melempiaskan nafsu, tetapi ia lebih dari itu.

Labels:

kemana perginya persaudaraan?

dikala seluruh penduduk Malaysia menikmati pembangunan yang semakin berkembang pesat, masih ada lagi penduduk yang hidup dalam kesedihan. mereka masih hidup dalam kemiskinan dan serba kekurangan. dimanakah silapnya? apakah mereka ini ketinggalan zaman? atau mereka ini telah ditinggal jauh oleh pembangunan yang sentiasa mara ke depan? bukankah pembangunan itu bertujuan untuk memberi kemudahan dan kesenangan kepada manusia? tetapi mengapa masih ada manusia yang berada di dalam kesusahan?

sebagai manusia,kita harus sedar. kita hidup di dunia ini saling memerlukan. kita tidak boleh hidup sendirian. kita sentiasa bergantung hidup terhadap orang lain. mungkin kita tidak pernah sedar dengan semua ini. tetapi itulah hakikatnya.

seorang peniaga tidak akan berjaya menjadi peniaga seandainya tiada pemborong yang mahu menawarkan barang kepada si peniaga untuk diniagakan. selain itu, si peniaga juga memerlukan pembeli untuk membeli barang-barang yang diniagakannya. seandainya tiada pembeli yang mahu membeli barang-barang jualannya, apalah gunanya dia menjual semua brang-barang tersebut?

begitulah juga dalam kehidupan biasa. manusia saling memerlukan. yang tua memerlukan yang muda. yang muda memerlukan yang tua. yang miskin memerlukan yang kaya. yang kaya memerlukan yang miskin.yang miskin memerlukan yang kaya. setiap orang saling memerlukan. tiada siapa pun yang boleh hidup tanpa bantuan orang lain. kalau benar-benar ada manusia sebegitu, dia sebenarnya menipu.

disebabkan itulah kita harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kita. kita harus sentiasa melihat dan memerhatikan setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita. kita harus mengambil berat mengenai orang-orang yang berada di sekeliling kita. semua ini penting untuk memastikan tidak ada di antara kita yang terabai dan terasing. mereka harus dibantu agar kehidupan mereka terjamin.

sebagai Muslim, kita telah diajar tentang persaudara. kita telah dididik tentang silaturahim dengan jiran, saudara-mara, sahabat handai dan seluruh umat Islam. tetapi mengapakah masih terdapat umat Islam yang nasib mereka tidak terbela? malah mereka turut dicaci dan di keji. inikah ajaran Islam yang sebenarnya? adakah sudah tidak lagi wujud umat Islam di Malaysia ini sehingga ada rakyat Malaysia yang beragama Islam terbiar melarat tanpa bantuan?

Labels:

Poligami

penubuhan kelab poligami yang dikenali sebagai Kelab Poligami Ikhwan mencetuskan satu fenomena baru bagi seluruh rakyat Malaysia. kelab ini merupakan satu kelab yang menggalakkan masyarakat berpoligami. tujuan utama penubuhan kelab ini adalah untuk memastikan masalah sosial yang semakin kritikal ketika ini dapat dikurangkan dan mungkin dihapuskan.

kelab ini memberi keutamaan bagi pelacur, andartu dan ibu tunggal untuk dijadikan isterri kedua, ketiga dan keempat bagi mereka yang benar-benar layak dan mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri-isterinya. ini penting bagi memastikan kebajikan setiap isteri terbela dan tiada berlakunya keganasan dan ketidakadilan dalam berumah tangga.

sebenarnya, untuk melaksanakan poligami adalah berat. seorang suami mempunyai tanggungjawab yang lebih. dia haruslah bijak dan adil dalam segala hal. dan dia tidak harus bersifat berat sebelah. setiap isteri harus dilayan dengan samarata. tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang. mereka masing-masing mempunyai hak mereka ke atas suami. suami harus memberi hak-hak tersebut samarata.

walaubagaimanapun, penubuhan kelab ini seharusnya diberikan sokongan. sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. bukan mudah untuk melaksanakan semua ini. pelbagai cabaran harus mereka hadapi. niat murni mereka untuk membantu ibu-ibu tunggal, andartu dan juga bekas-bekas pelacur yang ingin kembali ke pangkal jalan sepatutnya kita hargai. mereka mahu melihat nasib ibu-ibu tunggal yang kehilangan tempat bergantung terbela. sekurang-kurangnya ibu-ibu tunggal itu tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah mereka, bangsa dan yang paling penting agama.

kita sebgai anggota masyarakat harus berganding bahu untuk sama-sama membantu mereka-mereka ini daripada melibatkan diri dalam kancah maksiat. kita harus sama-sama berusaha untuk membangunkan ummah dan perpaduan dikalangan umat Islam. sanggupkah kita melihat ibu-ibu tunggal, andartu dan juga bekas-bekas pelacur yang kebanyakannya orang melayu yang beragama Islam ini menjaja maruah mereka kerana mahu mengubah hidup mereka?

Labels:

Kemasyarakatan

semenjak beberapa hari lepas, kita diwar-warkan dengan berita mengenai seorang isteri yang diperlakukan dengan kejam oleh suaminya. tindakan suaminya itu membuatkan si isteri menderita. suaminya bukan sahaja mendera si isteri dari segi fizikal, tetapi juga dari segi mental. perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh seluruh masyarakat. ini merupakan barah yang mudah merebak di kalangan masyarakat jika dibiarkan tanpa kawalan.

tanpa kita sedari, selama 9 tahun si isteri menanggung derita. hidupnya tidak ubah seperti haiwan. diperlakukan sesuka hati. sekiranya mahu, dia dibelai. sekiranya marah, dia dijadikan mangsa. adakah ini yang dikatakan sebagai ketua? seorang ketua seharusnya menjaga dan mengawasi seluruh orang bawahannya daripada bahaya, tetapi sebaliknya yang berlaku. bagaimana kalau dia merupakan seorang pemimpin masyarakat atau seorang ketua di tempat kerja? semestinya dia akan dijatuhkan atau dibuang kerja. begitulah situasinya sebagai seorang suami. dia seharusnya menjadi seorang ketua yang baik. seorang ketua yang berwibawa, disegani dan menjadi contoh teladan kepada orang lain. dia tidak seharusnya memperlakukan isterinya sebegitu.

sebagai masyarakat, apa yang sepatutnya kita lakukan terhadap mereka? adakah kita harus berdiam diri tanpa melakukan apa-apa? atau adakah kita patutu bersorak gembira dengan apa yang berlaku? atau adakah kita biarkan mereka tanpa mempedulikan langsung tentang perkara ini? atau adakah kita patut melakukan sesuatu agar perkara ini tidak lagi berulang?

kita seharusnya mengambil iktibar dan berusaha agar perkara ini tidak lagi berulang. kita seharusnya sentiasa mengambil berat dan peka dengan keadaan sekeliling kita. kita tidak boleh lepas tangan dalam hal-hal sebegini. tidak mustahil, satu hari nanti perkara sebegini boleh berlaku dalam keluarga kita, atau saudara-mara kita atau mungkin juga pada anak-anak kita. siapa tahu?

tidakkah kita sedar, perpaduan di kalangan masyarakat kita sudah makin berkurang. jiran sebelah-menyebelah, sudah tidak kita pedulikan. rakan-rakan sepejabat, tidak semua yang kita tegur. saudara-mara yang lain, sudah tidak kita pedulikan. dimanakah ikatan silaturahim kita. kemanakah hilangnya sifat perpaduan kita?

seandainya kita punya sifat kasih sayang dan mengambil berat di antara satu sama lain, sudah pastinya perkara seperti penderaan isteri tidak akan berlaku di dalam masyarakat kita. sekiranya kita prihatin dengan keadaan sekeliling, pasti tidak akan ada masalah sosial yang akan berlaku.

segala masalah dan perkara-perkara buruk yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh sifat kita yang tidak mempedulikan tentang orang lain. kita hanya sibuk dengan dunia kita sendiri. kita tidak pernah mahu mengambik berat atau berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan.

diluar sana terdapat ramai orang yang memerlukan bantuan kita. mereka mengharapkan belas ihsan dan bantuan daripada kita untuk terus hidup. marilah kita sama-sama berusaha untuk mengubah hidup kita supaya menjadi masyarakat yang perihatin. negara kita tidak akan aman selagi kita tidak mengubah sikap kita untuk menjadi masyarakat yang bersatu padu dan saling menjaga hubungan silaturahim sesama kita.

Labels:

Masalah rogol di kalangan remaja perempuan di bawah umur

sejak akhir-akhir ini kita banyak dihebahkan dengan berita-berita yang tidak enak didengar. remaja-remaja perempuan di bawah umur menjadi mangsa rogol lelaki-lelaki hidung belang yang sentiasa mencari kesempatan ke atas remaja-remaja perempuan.


lelaki-lelaki hidung belang ini sentiasa berusaha untuk mendampingi remaja-remaja perempuan di bawah umur. ini kerana, remaja-remaja perempuan ini mudah didampingi dan diperdaya. pada usia yang begitu muda, remaja-remaja perempuan ini mempunyai perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. pada usia sebegini juga mereka mempunyai keinginan untuk disayangi oleh lelaki. mereka merasakan diri mereka sudah cukup matang dan mereka mempunyai cita rasa yang agak tinggi. mereka merasakan remaja-remaja lelaki sebaya mereka masih berperwatakan kebudak-budakkan. ini kerana, remaja lelaki mempunyai usia kematangan yang agak lewat berbanding remaja perempuan.

remaja-remaja perempuan yang terjerumus ke lembah hina ini sebenarnya sedang mencari identiti diri mereka. mereka mahu kelihatan dewasa dan mahu mencari pengalaman hidup yang baru. selain itu, mereka masih tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan yang mereka lakukan. kebanyakan dari mereka tidak didedahkan dengan ilmu dalam pergaulan di antara lelaki dan perempuan. apa yang dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan. apa yang mereka tahu, setiap orang yang mereka kenali adalah berniat baik terhadap mereka.

lelaki-lelaki hidung belang ini dengan mudah mampu untuk menjerat remaja-remaja perempuan yang tidak mempunyai pengetahuan asas dalam perhubungan di antara lelaki dan perempuan. secara teorinya mereka mungkin mengetahui mengenai perkara tersebut, tetapi mereka masih belum memahaminya secara mendalam.

ibu bapa, guru-guru dan masyarakat harus mengambil perhatian serius mengenai perkara sebegini. kita harus sama-sama membantu remaja-remaja ini agar mereka memahami perkara-perkara asas dalam kehidupan. seandainya mereka tidak dididik dan didedahkan mengenai perkara ini, mereka boleh terjerumus ke dalam lembah yang akan merosakkan diri mereka.

Labels:

Manusia semakin kejam

Kemana hilangnya perikemanusiaan? sehingga ada yang sanggup membuang bayi yang baru lahir ke dalam lubang najis. dan ada pula yang sanggup membuang bayi mereka yang masih kecil ke dalam sungai sehingga di makan oleh biawak. adakah manusia sudah tidak lagi mempunyai perasaan sehingga tergamak melakukan perbuatan keji sebegitu?

sungguh tidak berperikemanusiaan. mereka yang tidak bertanggungjawab sanggup membuang bayi mereka yang baru lahir. mereka sanggup membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan aib mereka tertutup. mereka sangggup melakukan apa sahaja agar masyarakat tidak menghidu perbuatan terkutuk yang mereka lakukan.

pernahkah mereka terfikir, sebenarnya perbuatan sebegitu hanya akan lebih memburukkan keadaan. setiap perkara keji yang mereka lakukan akan diketahui umum. seluruh malaysia akan dapat menghidu perbuatan yang mereka lakukan. mereka hanya mendedahkan pekong di dada sendiri.

apakah dosa bayi yang masih kecil itu sehingga dia dibuang di merata-rata? apakah dosa si kecil itu sehingga dia dibiarkan untuk diratah oleh haiwan-haiwan pemangsa? tergamak ibu bapa bayi itu melakukan sebegitu terhadap anak mereka. tidakkah mereka punya perasaan sehingga tergamak melakukan semua itu?

wahai ibu-ibu! sedarlah. anak-anak adalah anugerah yang tidak terhingga kepada kita. janganlah dibiarkan hidup mereka musnah kerana kesilapan kita sendiri. jangan biarkan mereka tanpa kita ambil peduli. ingatlah! mereka hanya kanak-kanak kecil yang dambakan kasih sayang dari ibu bapa mereka. mereka tidak pernah berdosa terhadap kita. tetapi kenapa kita sanggup membiarkan mereka menanggung dosa-dosa kita.

Labels:

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

Categories

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "