Sahabat

Sahabat ibarat biskut. Kejap ada, kejap tak ada. Bila diperlukan, cari sampai dapat. Bila senang, sahabat diabaikan. Bila sedih, semua sahabat dicari, tapi bila gembira, sahabat yang menadah bahu ketika menangis dilupakan.

Berapa ramai yang begitu. Tidak kurang juga dengan diriku. Mencari sahabat ibarat mencari baju. Memilih yang cantik dan menarik. Yang baru ditatang sebaiknya. Yang lama, yang buruk, dilupakan begitu sahaja. Bila saat memerlukan, habis satu almari digeledahnya.

Walau sejuta sahabat kita, namun belum tentu seorang pun dari mereka yang mampu menangis untuk kita. Orang tua-tua ada berkata, sahabat masa ketawa ramai, tapi bila sedih, seorang pun tiada. Bagi yang memahami pepatah ini akan sentiasa menghargai persahabatan. Dia akan sentiasa menjadi sahabat ketika kesedihan. Kerana ketika itulah sahabat amat-amat diperlukan. Ketika itu, hati, perasaan, fikiran sudah menjadi celaru dan kurang waras. Segala tindakan akan dilakukan secara melulu. Hidup ibarat berdiri di tepi lembah kehancuran. Apabila ada sahabat yang sudi menghulurkan tangan, mencurah simpati, dialah sahabat sejati. Kerana dia sanggup menghadapi risiko jatuh ke jurang yang sama. Dia akan sedaya upaya mencari jalan untuk menyelamatkan kita. Biar susah macam mana pun dia akan tetap berusaha tanpa berputus asa. Sahabat sebegini adalah sukar untuk dicari. Bila ditemui, selalunya tidak dihargai. Bila sendiri, barulah dicari.

Ketika diri sudah di ambang kekecewaan, sahabat sebegini yang di cari. Tapi malangnya, ini bukanlah masa untuk itu. Segalanya akan menjadi sia-sia. Kecuali keajaiban datang menyapa.

Oleh itu, hargailah setiap sahabat yang kita ada. Jangan sesekali melupakannya. Biarpun siapa dia. Walau setinggi mana kita kejayaan kita, kita harus sentiasa ingat, ada sahabat yang sentiasa berdiri di belakang kita. Mereka lah yang turut sama menolak kita ke puncak jaya.

Bukannya sukar untuk mencari ramai sahabat, tetapi teramat sukar untuk menghargai seorang sahabat. Walaubagaimanapun, ada banyak cara yang boleh digunakan untuk menghargai sahabat. Cukuplah dengan ucapan selamat sebagai tanda ingatan kita terhadapnya. Biarpun sudah lama tidak ketemu, pastikan yang kita sentiasa mengingatinya dan masih tetap berhubung dengannya biarkan cuma sekali dalam setahun.

Ya Allah! Aku pohonkan kebahgiaan dan keredhaanMu ke atas sahabat-sahabat ku. Biar dimanapun mereka berada. Ampunkanlah dosa-dosa mereka dan berilah hidayah dan petunjuk ke atas mereka agar mereka sentiasa berada di atas jalan yang Engkau redhai. Jauhkanlah mereka dari azab seksa api neraka dan bahgiakanlah mereka dengan nikmat syurga yang sejahtera.

Ya Allah! Janganlah Engkau jadikan aku lupa terhadap mereka. Kuatkanlah ikatan ukhuwah di antara aku dan mereka.

Amin.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal 'alamin..

p/s: peringatan buat diriku yang selalu melupakan sahabat-sahabat ku...

Labels:

Keinginan Yang Pelbagai

Dalam hidup ini, sering kali kita mengimpikan pelbagai perkara. Ada masanya, kita mengimpikan kehidupan yang bahagia. Ada ketikanya, kita mengimpikan sebuah mahligai yang tersergam indah. Ada waktunya, kita mengimpikan sesuatu yang tidak munasabah. Sesuatu yang luar dari kehidupan kita.

Sebagai manusia yang diberikan akal fikiran, hati dan perasaan. Kita punya keinginan yang pelbagai. Keinginan yang didorong oleh persekitaran dan hawa nafsu ini haruslah dididik agar tidak melampaui batas-batas yang telah digariskan oleh Allah s.w.t. di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sekiranya kita mengabaikan garis yang telah ditetapkan ini, maka akan rosaklah seluruh kehidupan kita. Ia juga akan merebak sehingga memudaratkan kehidupan masyarakat, agama dan negara.

Cuba kita lihat ke negara barat. Bagaimana keinginan mereka yang pelbagai, telah mendorong mereka melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh orang lain. Ada di antara mereka yang berkeinginan untuk mencipta nama sehingga sanggup mencederakan diri mereka sendiri. Ada juga yang sanggup dicemuh oleh masyarakat semata-mata untuk mencapai keinginan yang entah apa-apa. Disebabkan oleh keinginan mereka inilah telah mendorong mereka berusaha untuk mencapai keinginan masing-masing. Walau bagaimana pun, keinginan dan usaha mereka itu tidak didorong oleh aturan dan garis yang telah ditetapkan. Sebaliknya mereka hanya menurut hawa nafsu mereka semata-mata. Oleh hal yang demikian, ada sesetengah daripada mereka terpaksa menanggung akibat yang buruk sepanjang hayat mereka.

Kita tidak dilarang untuk mengejar keinginan dan kemahuan kita. Walaubagaimanapun kita haruslah menurut aturan-aturan yang telah digariskan. Usahlah kita menurut hawa nafsu kita sehingga kita menghancurkan masa depan kita.

Labels:

Doa 1

Ya Allah! aku merindui syurgaMu, namun aku tak berusaha untuk mendekatinya. aku takut akan azab nerakaMu, namun aku sentiasa mencari jalan ke arahnya. Ya Allah! aku mencemburui mereka yang berusaha mencari keredhaanMu, namun aku menjauhi mereka. aku membenci mereka yang kufur terhadapMu, namun aku bersahabat baik dengan mereka. Tunjukkanlah dan bimbinglah aku untuk sentiasa mentaati perintahMu dan mencari rahmatMu.

Labels:

Mayat Isteri Di Serang Ribuan Lintah

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin!

Kisah ini menceritakan mengenai azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas. Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En.Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan , Pasir Mas, Kelantan.Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya.Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

"Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik." En.Idris memulakan cerita.

"Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung. Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang." Tambah beliau.

"Maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja." Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari. Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu.Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah. Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya

Pada awalnya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu. Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan.

Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya. Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak. Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan.

Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja. Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu,

"Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu, saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur"

Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi. Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi.

Kejadian itu amat pelik sekali. Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak. Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar.

Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar. Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah… Hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak. Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita , minta disisihkan Allah. Istigfar!

Labels:

Dua Belas Aurat Wanita

Assalamualaikum, hari ini mari kita melihat apa yang dikatakan 12 aurat wanita. Sama-sama kita mengambil perhatian dan pengajaran daripadanya..


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...jadi hantu loceng.


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan - Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. Semoga kita semua baik lelaki atau perempuan, terpelihara daripada apa yang dikatakan fitnah wanita akhir zaman.

Labels:

The Price Of Imaan

Several years ago, an Imam moved to London. He often took the bus from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he had occasion to ride the same bus. When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him twenty pence too much change. As he considered what to do, he thought to himself, you had better give the twenty pence back. It would be wrong to keep it. Then he thought, oh forget it, it is only twenty pence. Who would worry about this little amount? Anyway, the bus company already gets too much fare; they will never miss it. Accept it as a gift from Almighty Allah and keep quite. When his stop came, the Imam paused momentarily at the door, then he handed the twenty pence back to the driver and said:

"Here, you gave me too much change."

The driver with a smile replied:

"Aren't you the Imam in this area? I have been thinking lately about going to worship at your mosque. I just wanted to see what you would do if I gave you too much change".

When the Imam stepped off the bus, his knees became weak and soft. He had to grab the nearest light pole and held for support, and looked up to the heavens and cried:

"Oh Allah, I almost sold Islam for twenty pence!"

Remember, we may never see the impact our actions have on people. Sometimes we are the only knowledge of Quran someone will read, or the only Islam a non-Muslim see. What we need to provide, Insyaallah is an example for those to see. Be careful and be honest everyday, because you never know who is watching your actions and judging you as a Muslims.

Labels:

Antara Keinginan Dan Cita-Cita

Semasa kecil, kita diajar mengenai cita-cita. Cita-cita yang akan membawa kita menempuh kejayaan. Ketika itu, kita masih belum memahami apa sebenarnya cita-cita itu. Kita masih belum dapat berfikir apa cita-cita yang sesuai dengan diri kita. Apa yang lebih penting, kita belum dapat memahami apa sebenarnya cita-cita kita.

Meningkat dewasa, cita-cita yang kita laungkan berubah mencari keinginan. Dari cita-cita itu, lahirnya perasaan ingin memiliki sesuatu. Keinginan dari segi material. Keinginan dari segi kedudukan. Keinginan dari segi populariti dan sebagainya lagi. Semuanya itu telah digabungkan menjadi satu.

Dari keinginan itu lahirnya jalan yang kita sendiri tidak dapat bayangkannya. Dari keinginan yang sekecil-kecilnya sehinggalah kepada yang sebesar-besarnya, semuanya itu telah membuatkan kita berusaha untuk memilikinya. Keinginan itu telah menyuntik semangat kepada kita untuk mendapatkannya.

Tetapi, pernahkah kita fikirkan tentang baik buruknya keinginan kita? Pernahkah kita fikirkan tentang jalan yang terbaik untuk memilikinya? Bertuahlah bagi mereka yang memikirkan tentang semua itu. Tetapi, malanglah bagi mereka yang mengabaikan semua itu. Mereka tidak pernah bertanya kepada diri mereka sendiri. Apakah keinginan mereka itu akan memberi kebaikan kepada mereka? Apakah keinginan mereka itu akan memberi manfaat buat orang disekeliling mereka? Tanpa persoalan ini semua, mereka akan hanyut dalam keinginan mereka sendiri. Mereka akan hanyut dalam dunia mereka sendiri. Keinginan mereka itu akan merosakkan dan menghancurkan hidup mereka.

Sekiranya keinginan mereka itu memberi manfaat, berbahgialah mereka. Tetapi sekiranya keinginan mereka itu hanya memberi keburukan, betapa ruginya mereka. Kerugian itu akan memusnahkan hidup mereka semusnah-musnahnya. Bayangkan seorang pemuda berkeinginan untuk menikmati ketagihan dadah yang dirasakannya akan memberi kebahgiaan kepadanya. Namun, sebaliknya yang berlaku. Dia akan ketagih dan akan merosakkan seluruh hidupnya. Bayangkanlah apabila seorang wanita berkeinginan untuk menikmati kemewahan sehingga sanggup menggadaikan maruahnya. Bayangkanlah akibat buruk bagi perbuatan tersebut.

Kanak-kanak kecil yang dari sedari kecil mempunyai cita-cita yang suci. Cita-cita yang akan memberi manfaat dan kemudahan kepada orang lain. Citacita untuk menjadi seorang doktor. Cita-cita untuk menjadi seorang guru. Cita-cita untuk menjadi seorang polis. Tetapi apabila menjangkau dewasa, cita-cita itu telah jauh ditinggalkan dan yang timbul hanyalah keinginan yang akan merosakkan hidup mereka. Betapa ruginya mereka.

Labels:

Aku Ingin...

Aku ingin menjadi seperti ombak yang memukul pantai,
tidak pernah jemu dan lelah,
biar diri menderita,
namun tak pernah mengalah..

Aku ingin menjadi seperti angin,
yang bertiup dikala panas dan sejuk,
biar jauh tercampak,
namun masih gagah menapak..

Aku ingin menjadi seperti mentari,
membakar diri untuk menerangi,
biar diri terseksa,
namun semangat tetap membara..

Labels:

Fikir-Fikirkanlah

Setiap hari, bangun sahaja dari tidur, kita akan fikirkan apa yang akan kita lakukan hari ini. Apa perkara penting yang harus kita laksanakan. Adakah kita punya temujanji atau pekerjaan yang harus diselesaikan dengan segera.

Namun, pernahkah kita fikirkan, apakah diluar sana manusia yang punya masalah. Manusia perlukan pertolongan dan bantuan kita untuk terus hidup. Manusia yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari kita untuk terus melangkah menghadapi masa hadapan mereka.

Pernahkah kita renung sekeliling kita, berapa ramai lagi manusia yang masih hidup dalam kesusahan. Manusia yang mengharapkan tangan-tangan ihsan untuk membimbing mereka. Manusia yang mengharapkan nasihat dan bimbingan dari kita untuk berjaya di dunia dan juga di akhirat. Pernahkah kita bangun sahaja dari tidur dan fikirkan akan semua itu? Mungkin ada yang mengatakan pernah dan mungkin juga ada yang mengatakan tidak. Apa yang pastinya, kita harus memikirkan itu semua. Bukan hanya menunding jari kepada orang lain.

Kita sentiasa memikirkan tentang kejayaan-kejayaan yang akan kita kecapi. Tetapi kita tidak pernah fikirkan bagaimana caranya untuk kita sama-sama membimbing orang lain untuk mengecapi kejayaan bersama. Contohnya dalam masyarakat kita sendiri. Cuba kita lihat sekeliling kita. Cuba kita lihat saudara mara kita. Cuba kita lihat jiran-jiran kita. Adakah mereka semua hidup dalam keadaan setaraf dengan kita? Atau adakah mereka hidup lebih baik daripada kita? Atau adakah mereka hidup dalam keadaan yang lebih buruk daripada kita? Pernahkah kita fikirkan tentang semua itu?

Seandainya kita tidak mampu untuk mengajak mereka melangkah seperti kita, sekurang-kurangnya pimpinlah tangan mereka ke arah jalan yang akan membawa mereka menuju kejayaan. Jangan biarkan mereka tersesat dalam perjalanan hidup mereka. Sebagai manusia, kita punya kelemahan. Tiada siapa pun yang sempurna dalam dunia ini. Setiap dari kita memerlukan bantuan dan pertolongan dari orang lain. Secara langsung mahupun secara tidak langsung. Itulah hakikat kehidupan yang sebenarnya.

Cuba kita pergi ke pasar dan fikirkan apa yang ada di pasar. Ada peniaga yang menjual ikan, ada peniaga yang menjual daging, ada peniaga yang menjual ayam dan ada peniaga yang menjual sayur. Betapa harmoninya masyarakat peniaga di pasar itu. Dengan keharmonian itulah kita dapat membeli ikan, daging, ayam dan sayur. Seandainya peniaga-peniaga itu tidak mahu menjual barangan mereka, bagaimana seorang peniaga ayam mahu mendapatkan sayur? Bagaimana seorang peniaga sayur mahu mendapatkan ikan? Bukankah sukar bagi setiap mereka untuk mendapatkan hasil makanan sebegitu tanpa bantuan dan pertolongan dari peniaga-peniaga lain?

Dari sini kita dapat melihat sendiri bagaimana setiap manusia itu saling memerlukan. Kita tidak boleh hidup tanpa bantuan dan pertolongan orang lain. Oleh sebab itu, kita tidak seharusnya memikirkan tentang kepentingan diri kita sehingga kita mengabaikan kebajikan masyarakat disekeliling kita. Mereka juga punya hak dalam kehidupan kita. Dan kita juga punya hak dalam kehidupan mereka.

Labels:

Syaitan Itu Kreatif

Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran… tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah – ke arah kebaikan.
“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.
“Hidayah bang…” jawabnya sidia pendek.
“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.
“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”
“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.
“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.
“Betul ke ni?”
“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”
Saya terdiam. Kaku.
“Mana pergi tudungnya?”
“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.
“Itu tudung?”
“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”
“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kesihan saya melihat wajah sidia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.
“Bang saya insaf bang…“
Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu sidia terpilih, sekarang kembali tersisih?

Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:
“Syaitan terlalu kreatif…”
Kreatif? Bisik hati saya.
“Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.”
Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-wasan’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya… sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:
“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”
Apa ertinya?
“Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”
“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”
“Lantas?”
“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”
“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”
“Jadi kebenaran menolak keindahan?”
“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat.
Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.
“Transisi? Apa maksud mu?”
“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”
“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”
Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”
“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.
“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?”
“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”
“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!

Labels:

Perpaduan

Hidup ini terasa sunyi bila diri tersisih dari masyarakat. Jiwa terasa kosong. Fikiran terasa bercelaru. Itu adalah antara perasaan yang dialami oleh mereka yang dibiarkan tanpa perhatian dari sesiapa.

Perpaduan merupakan satu cara yang paling sesuai agar tiada seorang pun dari kalangan masyarakat disisih dan dibiarkan tanpa perhatian dan bantuan. Di dalam ajaran Islam sendiri ada di ajarkan tentang silaturahim. Silaturahim di antara ahli keluarga. Silaturahim di antara jiran-jiran. Silaturahim di antara sahabat handai. Silaturahim di antara sesama Islam. Tidak lupa juga silaturahim sesama manusia. Semuanya ini bertujuan untuk menyatukan seluruh manusia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan yang kehidupan manusia dan seluruh makhluk di dunia ini terpelihara dari ancaman-ancaman yang tidak diingini. Ia juga bertujuan untuk memastikan yang pembangunan dan kemajuan dapat diteruskan dengan baik.

Namun, kita masih jauh dari semua itu. Perpaduan yang diwar-warkan hanya seperti angin yang bertiup. Datang dan terus berlalu pergi. Lihatlah masyarakat kita ketika ini, jauh dari perpaduan. Tiada kesatuan dalam kehidupan dan yang wujud hanyalah perpecahan. Perpecahan dalam persaudaraan. Perpecahan dalam persahabatan. Perpecahan dalam rumah tangga. Tidak kurang juga perpecahan dalam masyarakat.

Cuba kita selami hidup ini sedalam-dalamnya. Apa yang telah kita lakukan terhadap masalah-masalah yang timbul dalam keluarga kita, persahabatan kita dan masyarakat kita? Adakah kita berusaha untuk sama-sama berganding bahu menyelesaikan masalah yang timbul? Atau kita biarkan hubungan itu hancur hanya kerana kepentingan diri kita sendiri?

Hanya kerana perkara-perkara remeh dan kecil, seluruh dunia boleh hancur. Pernahkah kita fikirkan tentang semua itu. Kenapa kita mesti berbalah dalam menyelesaikan masalah? Mengapa kita tidak boleh berusaha untuk menerima pendapat orang lain sehingga kita sanggup menghancurkan perpaduan di kalangan kita? Kenapa ini semua berlaku? Terutama di kalangan masyarakat Melayu.

Cuba kita lihat sekeliling kita. Cuba kita lihat masyarakat Cina, mereka sentiasa hidup saling bantu-membantu. Banyak rumah-rumah persatuan didirikan semata-mata untuk memastikan kesatuan di antara mereka terpelihara. Mereka menjalankan pelbagai aktiviti bersama. Sekiranya ada permasalahan yang timbul, mereka turut serta merasai permasalahan tersebut.
Mengapa kita tidak boleh melakukan seperti itu?

Kita punya masjid dan surau yang didirikan di merata-rata tempat di negara ini. Tujuan utama masjid-masjid didirikan oleh Rasulullah s.a.w. adalah untuk menyatupadukan umat Islam seluruhnya. Melalui masjid, pelbagai maklumat dan masalah dapat dikongsi bersama. Tetapi kini yang berlaku adalah sebaliknya. Masjid dan surau sudah semakin kurang penghuninya. Seolah-olah masjid dan surau telah 'mati' ditelan waktu. Ia didirikan semata-mata sebagai hiasan cuma.

Marilah kita renung kembali. Adakah diri kita ini sentiasa berusaha untuk memastikan perpaduan kita terus kekal dan kuat? Adakah diri kita sentiasa berusaha untuk memastikan setiap permasalahan yang timbul diselesaikan bersama? Adakah kita sentiasa berusaha untuk membuang ego kita sejauh yang mungkin semata-mata untuk menerima pendapat orang lain? Marilah kita fikirkan bersama manfaat dan hasil yang bakal kita tuai sekiranya perpaduan di antara kita semua teguh berdiri dan kuat.

Labels:

Guru

Sekolah merupakan tempat untuk menuntut ilmu. Di sini, guru-guru yang bertauliah dilantik untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar mereka mendapat ilmu yang berguna.

Namun kini, kebanyakan guru sudah lupa akan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Ada dikalangan guru yang menjadikan murid -murid mereka sebagai tempat untuk melempiaskan nafsu. Ini telah menjatuhkan martabat guru itu sendiri. Selain itu, guru-guru yang ikhlas mendidik anak bangsa sendiri turut menerima tempias keburukan guru yang tidak bertanggungjawab itu.

Wahai guru-guru, sedarlah akan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kamu. Janganlah kamu merosakkan institusi perguruan semata-mata kerana menurut nafsu. Jadilah pendidik dan contoh yang terbaik. Janganlah jadikan profesion guru semata-mata kerana mencari keuntungan di dunia. Ia bahkan mendapat manfaat yang tinggi di akhirat nanti.

Labels:

Ujian

Berat beban hidup yang di tanggung, terasa diri terlalu lemah untuk terus memikul. Tanggungjawab yang diberikan, harus tetap dilaksanakan. Itu adalah amanah. Tidak boleh tidak, ianya perlu ditunaikan.

Sebagai hamba yang kerdil, ombak-ombak ujian yang memukul, terasa lemas dan rimas untuk ditentang. Kekadang diri terasa dioleng-oleng mengikut alunan ombak. Kapal kecil yang dinaiki seolah-olah lalang yang menari-nari mengikut tiupan angin. Kekadang ke barat, kekadang ke timur. Entah bila agaknya ia akan kekal berdiri tanpa pernah bergantung pada orang lain.

Bila badai besar datang memukul kapal, diri rebah terus ke lantai. Membiarkan diri hanyut didodoi ombak. Inikah diri ku yang sepatutnya? Inikah cara untuk menghadapi ujian Allah. Membiarkn diri rebah menyebah bumi. Membiarkan diri hanyut dalam lautan ujian. Membiarkan diri lemas tanpa pernah berusaha untuk menentangnya.

Oh! Alangkah malangnya hidup ini. Membiarkan diri sebegitu. Lemah dan tidak bermaya. Bukan itu ciri-cirinya orang berjaya. Lihatlah mereka yang telah menerima anugerah kecemerlangan di dunia dan juga di akhirat. Lihatlah betapa kesabaran dan keyakinan mereka mengatasi pukulan ombak ujian yang mengganas. Mereka tidak pernah berputus asa. Mereka tidak pernah menyerah kalah.

Pernah aku terfikir. Bagaimana caranya mereka mendidik dan melatih diri mereka menjadi sedemikian rupa. Alangkah bahgianya mereka mampu melakukan itu semua. Ingin rasanya diri menjadi seperti mereka. Biar segunung ujian yang mendatang, mereka tidak pernah gentar dan takut. Mereka hadapinya dengan gembira. Seolah-olah ujian itu adalah permainan mereka. Marilah kita renung bersama tentang perkara ini.

Labels:

Kecanggihan Dunia Teknologi

Dewasa ini, kecanggihan teknologi telah menghantui kehidupan kita. Pelbagai gadget baru yang dikeluarkan oleh pihak pengeluar. Mereka bersaing sesama sendiri untuk memastikan produk mereka terjual laris di pasaran. Semua gadget ini telah memberikan banyak kemudahan dan kesenangan kepada para pengguna. Kebanyakan daripadanya dicipta untuk memberi kemudahan kepada pengguna untuk berhubung.

Teknologi maklumat merupakan satu medan penting bagi setiap orang untuk mengetahui berita-berita dan maklumat-maklumat terkini mengenai pelbagai perkara. Sesuatu berita dan maklumat mudah tersebar melalui jaringan internet. Internet telah menjadi medan utama kepada semua untuk mendapatkan berita,maklumat dan sebagainya.




Dengan perkembangan penggunaan internet, para pengeluar bersaing untuk mengeluarkan alat yang akan memudahkan pengguna untuk melayari internet di mana sahaja mereka berada. oleh sebab itu, maka terhasillah telefon-telefon pintar, 'netbook', pelayar internet mudah alih dan sebagainya lagi.

Dengan kebanjiran alat-alat sebegini, kita telah melangkah ke dalam satu dunia baru. Dunia yang penuh dengan keperluan kepenggunaan. Dahulu, tempat tinggal, makanan, pakaian dan pengangkutan menjadi perkara asas dalam kehidupan seharian. Namun kini segalanya telah berubah. Alat-alat komunikasi dan pelayar-pelayar internet mudah alih menjadi alat penting dalam kehidupan individu. Tanpa semua ini, hidup terasa kosong. Seolah-olah kita hidup dalam dunia kegelapan. Tanpa cahaya yang akan menjadi pembimbing dan petunjuk dalam menuju kehidupan yang lebih baik.



Kesemua ini telah merubah hidup kita menjadi individu yang lebih banyak menghabiskan waktu berhadapan dengan segala jenis alatan-alatan canggih. Kita telah mula menjauhkan diri kita dengan kehidupan normal. Kita lebih banyak menghabiskan masa kita dengan berhubung di dalam talian daripada berbual secara bersemuka. Kita lebih banyak mencari maklumat-maklumat dengan menggunakan 'search engin' yang terdapat di dalam talian daripada mengunjungi kedai-kedai buku atau perpustakaan-perpustakaan. Walaupun kita sedar yang sesetengah daripada sumber maklumat itu adalah salah, namun kita masih mahu mengambilnya sebagai sumber utama.

Segalanya telah merubah kehidupan kita. Dengan teknologi, kita berperang dengan hidup kita. kita tidak mahu dikatakan kolot kerana ketinggalan jauh darinya. Namun kita perlu sedar bahawa, semuanya ini akan memberi impak yang besar dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu, kita harus bijak dalam menentukan arah hidup kita supaya ia tidak akan memberi kesan buruk di kemudian hari.

Labels:

Santapan Rohani

Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.

Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba-tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid-murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.

Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita :

Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.

Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyangpun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing - masing sambil ketawa terbahak-bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset.

Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah!

Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah - olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman yang sekira-kira bermaksud :

"...; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa."
(Surah An-Najm : 32)

"Dan janganlah engkau memalingkan muka dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah itu tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membangga diri."
(Surah Luqman : 18)

Labels:

Menarik Tentang Haiwan

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih. Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna.

15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

26) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

27) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun

28) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

29) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

30) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

31) Buaya pula tidak boleh mengundur.

32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.

33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

34) Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja.

Labels:

Kisah Rasulullah S.A.W Sebagai Pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda lagi berdiri diwaktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Labels:

Sifat-Sifat Wanita Solehah

  1. Sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya. Tandanya ialah dia sentiasa melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah.
  2. Sentiasa mengutamakan amalan-amalan yang boleh membantu menegakkan agama Allah.
  3. Sentiasa membantu perjuangan kaum lelaki dalam menegakkan agama Allah, membela kebenaran dan bertakwa. Bukan menjadikan lelaki sebagai kuda untuk mencapai dan memenuhi tuntutan nafsu, merosakkan agama dan menyuburkan kemungkaran.
  4. Berbuat baik kepada ibu bapa.
  5. Sentiasa berderma dan berinfak ke jalan Allah dan jalan kebajikan. Contoh peribadi wanita demikian ialah isteri Rasulullah s.a.w., Siti Khadijah.
  6. Sentiasa berbaik-baik dan menyenangkan hati jiran.
  7. Tidak pernah berdua-duaan (berkhalwat bersama lelaki ajnabi dan bukan mahram).
  8. Tidak berhias (bersolek) menyerupai wanita jahiliah seperti mewarnai dan mengerinting rambut, mengecat kuku, membuat tahi lalat palsu, memakai gelang kaki dan sebagainya.
  9. Menutup aurat. Tidak boleh mendedahkan aurat dan tidak mempamerkan kecantikan untuk tontonan lelaki ajnabi (bukan mahram) ketika keluar rumah.
  10. Tidak keluar rumah bersendirian tanpa ditemani suami atau mahram atau ditemani dua wanita yang baik.
  11. Menjaga akhlak di rumah dan di luar rumah.
  12. Sifat dan tingkah laku menyenangkan hati suami.
  13. Sentiasa melayani suami dengan kemesraan atau menyambut suami dengan layanan yang menyenangkan hati suami.
  14. Tidak keluar rumah tanpa izin suami. Kalau keluar cuma dengan izin suami kerana ada keperluan yang diluluskan syariat serta keadaan menutup aurat dan dalam keadaan tidak menimbulkan fitnah.

Labels:

Tanda-Tanda Orang Bijak

Saidina Othman Ibnu Affan Rha. berkata:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

  1. Hatinya selalu berniat suci.
  2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
  3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
  4. Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
  5. Mengutamakan kehidupan akhirat lebih daripada kehidupan dunia.


Labels:

Kelebihan Bulan Syaaban

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya "Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak."

Antara kelebihan yang terdapat di bulan Syaaban ialah:
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambaNya.
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya, maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
  4. Kelebihan malam Nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al-Quran dan sebagainya, maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan dosa mereka oleh Allah pada malam Nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan silaturahim.

Labels:

Solat Qada'

Soalan:

Adakah perlu mengqada' solat fardu yang telah ditinggalkan atau cukuplah dengan bertaubat sahaja?

Jawapan:

Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya.

Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu telupa dan tertidur.

Mereka yang meningglkannya sama ada terlupa atau tertidur atau dengan sengaja, wajib bertaubat kepada Allah s.w.t. dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan dosa, khususnya solat yang ditinggalkan itu, dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang.

Kemudian, wajib ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah ditinggalkan.

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "