Iman

Betapa lemahnya imanku. tanpa ku sedari, aku telah terlalu jauh dari jalan yang sepatutnya aku lalui. aku menangis, meronta, dan marah pada diri sendiri, tetapi aku telah lupa akan asal kejadianku. aku telah lupa dari mana aku datang ku. sehingga aku mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya aku tunaikan.

sepatutnya aku menghadapi segala musibah yang melanda dengan banyak berdoa dan memohon petunjuk kepada pencipta yang telah menciptakan aku. tetapi aku lupa. aku melupakan Dia sehingga aku memilih jalanku sendiri. akibatnya, aku sendiri yang terseksa.

walau apa pun yang berlaku, hidup ini harus diteruskan. walau apa pun yang berlaku, aku tetap makhluk ciptaanNya. aku harus sentiasa kembali kepadanya. segala ujian yang diberikan kepadaku, adalah untuk mengingatkan aku supaya sedar siapa diriku sebenarnya.

Labels:

Puisi Buat teman

teman,
tanpamu hidup ku tidak bererti,
tanpamu hidup ku tidak berseri,
tanpamu hidup ku terasa sunyi.

walau jauh ku mengembara,
walau seluruh dunia ku mencari,
tidak akan ku temui,
walau seorang pun yang sudi,
andai tidak ku pelihara,
silaturahim antara aku dan mereka.

tiada seorang pun,
mampu hidup tanpa teman,
tiada seorang pun,
mampu hidup keseorangan,
walau sekaya mana pun mereka,
walau setinggi mana pun pangkat mereka,
teman tetap paling utama.

Labels:

Doa Kesabaran

Ya Allah.
aku tidak sanggup untuk menghadapi ujian ini lagi.
aku tidak berdaya untuk hidup dalam keadaan begini.
aku lebih rela seandainya Engkau ambil nyawaku,
daripada aku terus dibelenggu sebegini.

Namun ku tahu Ya Allah.
Engkaulah pemilik segala yang ada di langit dan di bumi.
Engkaulah yang telah menjadikan aku dan seluruhnya.
dan Engkaulah jua yang telah menjadikan aku sebegini.
hanya kepadaMu aku berserah diri.
hanya kepadaMu aku bergantung harap.

aku pohonkan kepadaMu,
agar Engkau berikan apa yang terbaik buatku.
dan aku pohonkan kepadaMu,
agar Engkau berikan aku kekuatan dan kesabaran,
dalam menghadapi ujian dalam hidup ini.
Ya Allah Tuhan seluruh alam.

Labels:

Poligami

penubuhan kelab poligami yang dikenali sebagai Kelab Poligami Ikhwan mencetuskan satu fenomena baru bagi seluruh rakyat Malaysia. kelab ini merupakan satu kelab yang menggalakkan masyarakat berpoligami. tujuan utama penubuhan kelab ini adalah untuk memastikan masalah sosial yang semakin kritikal ketika ini dapat dikurangkan dan mungkin dihapuskan.

kelab ini memberi keutamaan bagi pelacur, andartu dan ibu tunggal untuk dijadikan isterri kedua, ketiga dan keempat bagi mereka yang benar-benar layak dan mampu untuk memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri-isterinya. ini penting bagi memastikan kebajikan setiap isteri terbela dan tiada berlakunya keganasan dan ketidakadilan dalam berumah tangga.

sebenarnya, untuk melaksanakan poligami adalah berat. seorang suami mempunyai tanggungjawab yang lebih. dia haruslah bijak dan adil dalam segala hal. dan dia tidak harus bersifat berat sebelah. setiap isteri harus dilayan dengan samarata. tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang. mereka masing-masing mempunyai hak mereka ke atas suami. suami harus memberi hak-hak tersebut samarata.

walaubagaimanapun, penubuhan kelab ini seharusnya diberikan sokongan. sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. bukan mudah untuk melaksanakan semua ini. pelbagai cabaran harus mereka hadapi. niat murni mereka untuk membantu ibu-ibu tunggal, andartu dan juga bekas-bekas pelacur yang ingin kembali ke pangkal jalan sepatutnya kita hargai. mereka mahu melihat nasib ibu-ibu tunggal yang kehilangan tempat bergantung terbela. sekurang-kurangnya ibu-ibu tunggal itu tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah mereka, bangsa dan yang paling penting agama.

kita sebgai anggota masyarakat harus berganding bahu untuk sama-sama membantu mereka-mereka ini daripada melibatkan diri dalam kancah maksiat. kita harus sama-sama berusaha untuk membangunkan ummah dan perpaduan dikalangan umat Islam. sanggupkah kita melihat ibu-ibu tunggal, andartu dan juga bekas-bekas pelacur yang kebanyakannya orang melayu yang beragama Islam ini menjaja maruah mereka kerana mahu mengubah hidup mereka?

Labels:

Kemasyarakatan

semenjak beberapa hari lepas, kita diwar-warkan dengan berita mengenai seorang isteri yang diperlakukan dengan kejam oleh suaminya. tindakan suaminya itu membuatkan si isteri menderita. suaminya bukan sahaja mendera si isteri dari segi fizikal, tetapi juga dari segi mental. perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh seluruh masyarakat. ini merupakan barah yang mudah merebak di kalangan masyarakat jika dibiarkan tanpa kawalan.

tanpa kita sedari, selama 9 tahun si isteri menanggung derita. hidupnya tidak ubah seperti haiwan. diperlakukan sesuka hati. sekiranya mahu, dia dibelai. sekiranya marah, dia dijadikan mangsa. adakah ini yang dikatakan sebagai ketua? seorang ketua seharusnya menjaga dan mengawasi seluruh orang bawahannya daripada bahaya, tetapi sebaliknya yang berlaku. bagaimana kalau dia merupakan seorang pemimpin masyarakat atau seorang ketua di tempat kerja? semestinya dia akan dijatuhkan atau dibuang kerja. begitulah situasinya sebagai seorang suami. dia seharusnya menjadi seorang ketua yang baik. seorang ketua yang berwibawa, disegani dan menjadi contoh teladan kepada orang lain. dia tidak seharusnya memperlakukan isterinya sebegitu.

sebagai masyarakat, apa yang sepatutnya kita lakukan terhadap mereka? adakah kita harus berdiam diri tanpa melakukan apa-apa? atau adakah kita patutu bersorak gembira dengan apa yang berlaku? atau adakah kita biarkan mereka tanpa mempedulikan langsung tentang perkara ini? atau adakah kita patut melakukan sesuatu agar perkara ini tidak lagi berulang?

kita seharusnya mengambil iktibar dan berusaha agar perkara ini tidak lagi berulang. kita seharusnya sentiasa mengambil berat dan peka dengan keadaan sekeliling kita. kita tidak boleh lepas tangan dalam hal-hal sebegini. tidak mustahil, satu hari nanti perkara sebegini boleh berlaku dalam keluarga kita, atau saudara-mara kita atau mungkin juga pada anak-anak kita. siapa tahu?

tidakkah kita sedar, perpaduan di kalangan masyarakat kita sudah makin berkurang. jiran sebelah-menyebelah, sudah tidak kita pedulikan. rakan-rakan sepejabat, tidak semua yang kita tegur. saudara-mara yang lain, sudah tidak kita pedulikan. dimanakah ikatan silaturahim kita. kemanakah hilangnya sifat perpaduan kita?

seandainya kita punya sifat kasih sayang dan mengambil berat di antara satu sama lain, sudah pastinya perkara seperti penderaan isteri tidak akan berlaku di dalam masyarakat kita. sekiranya kita prihatin dengan keadaan sekeliling, pasti tidak akan ada masalah sosial yang akan berlaku.

segala masalah dan perkara-perkara buruk yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh sifat kita yang tidak mempedulikan tentang orang lain. kita hanya sibuk dengan dunia kita sendiri. kita tidak pernah mahu mengambik berat atau berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan.

diluar sana terdapat ramai orang yang memerlukan bantuan kita. mereka mengharapkan belas ihsan dan bantuan daripada kita untuk terus hidup. marilah kita sama-sama berusaha untuk mengubah hidup kita supaya menjadi masyarakat yang perihatin. negara kita tidak akan aman selagi kita tidak mengubah sikap kita untuk menjadi masyarakat yang bersatu padu dan saling menjaga hubungan silaturahim sesama kita.

Labels:

sungguh memalukan. perbuatan mereka tidak ubah seperti menconteng arang terhadap seluruh masyarakat. mereka sanggup menjual diri mereka semata-mata untuk mencari kepuasan hidup. mereka hanya menurut nafsu dan tidak memikirkan keburukan yang mereka lakukan

Masalah rogol di kalangan remaja perempuan di bawah umur

sejak akhir-akhir ini kita banyak dihebahkan dengan berita-berita yang tidak enak didengar. remaja-remaja perempuan di bawah umur menjadi mangsa rogol lelaki-lelaki hidung belang yang sentiasa mencari kesempatan ke atas remaja-remaja perempuan.


lelaki-lelaki hidung belang ini sentiasa berusaha untuk mendampingi remaja-remaja perempuan di bawah umur. ini kerana, remaja-remaja perempuan ini mudah didampingi dan diperdaya. pada usia yang begitu muda, remaja-remaja perempuan ini mempunyai perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. pada usia sebegini juga mereka mempunyai keinginan untuk disayangi oleh lelaki. mereka merasakan diri mereka sudah cukup matang dan mereka mempunyai cita rasa yang agak tinggi. mereka merasakan remaja-remaja lelaki sebaya mereka masih berperwatakan kebudak-budakkan. ini kerana, remaja lelaki mempunyai usia kematangan yang agak lewat berbanding remaja perempuan.

remaja-remaja perempuan yang terjerumus ke lembah hina ini sebenarnya sedang mencari identiti diri mereka. mereka mahu kelihatan dewasa dan mahu mencari pengalaman hidup yang baru. selain itu, mereka masih tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan yang mereka lakukan. kebanyakan dari mereka tidak didedahkan dengan ilmu dalam pergaulan di antara lelaki dan perempuan. apa yang dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan. apa yang mereka tahu, setiap orang yang mereka kenali adalah berniat baik terhadap mereka.

lelaki-lelaki hidung belang ini dengan mudah mampu untuk menjerat remaja-remaja perempuan yang tidak mempunyai pengetahuan asas dalam perhubungan di antara lelaki dan perempuan. secara teorinya mereka mungkin mengetahui mengenai perkara tersebut, tetapi mereka masih belum memahaminya secara mendalam.

ibu bapa, guru-guru dan masyarakat harus mengambil perhatian serius mengenai perkara sebegini. kita harus sama-sama membantu remaja-remaja ini agar mereka memahami perkara-perkara asas dalam kehidupan. seandainya mereka tidak dididik dan didedahkan mengenai perkara ini, mereka boleh terjerumus ke dalam lembah yang akan merosakkan diri mereka.

Labels:

Manusia semakin kejam

Kemana hilangnya perikemanusiaan? sehingga ada yang sanggup membuang bayi yang baru lahir ke dalam lubang najis. dan ada pula yang sanggup membuang bayi mereka yang masih kecil ke dalam sungai sehingga di makan oleh biawak. adakah manusia sudah tidak lagi mempunyai perasaan sehingga tergamak melakukan perbuatan keji sebegitu?

sungguh tidak berperikemanusiaan. mereka yang tidak bertanggungjawab sanggup membuang bayi mereka yang baru lahir. mereka sanggup membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan aib mereka tertutup. mereka sangggup melakukan apa sahaja agar masyarakat tidak menghidu perbuatan terkutuk yang mereka lakukan.

pernahkah mereka terfikir, sebenarnya perbuatan sebegitu hanya akan lebih memburukkan keadaan. setiap perkara keji yang mereka lakukan akan diketahui umum. seluruh malaysia akan dapat menghidu perbuatan yang mereka lakukan. mereka hanya mendedahkan pekong di dada sendiri.

apakah dosa bayi yang masih kecil itu sehingga dia dibuang di merata-rata? apakah dosa si kecil itu sehingga dia dibiarkan untuk diratah oleh haiwan-haiwan pemangsa? tergamak ibu bapa bayi itu melakukan sebegitu terhadap anak mereka. tidakkah mereka punya perasaan sehingga tergamak melakukan semua itu?

wahai ibu-ibu! sedarlah. anak-anak adalah anugerah yang tidak terhingga kepada kita. janganlah dibiarkan hidup mereka musnah kerana kesilapan kita sendiri. jangan biarkan mereka tanpa kita ambil peduli. ingatlah! mereka hanya kanak-kanak kecil yang dambakan kasih sayang dari ibu bapa mereka. mereka tidak pernah berdosa terhadap kita. tetapi kenapa kita sanggup membiarkan mereka menanggung dosa-dosa kita.

Labels:

Persahabatan

Setiap manusia memerlukan teman. kaya, miskin, cantik, hodoh, berpangkat, orang biasa, semuanya berkehendak kepada teman. teman merupakan orang yang rapat dan dikenali. tanpa teman, apalah erti hidup ini. hidup seperti dibunag. tanpa sesiapa. seolah-olah dunia ini hanya wujud kita sendirian. bolehkah kita hidup keseorangan tanpa teman disekeliling menemani dan membantu kita?


sahabat merupakan teman yang paling dekat dengan kita selain daripada keluarga. meraka sentiasa berada di samping kita. setiap hari kita akan menemui sahabat-sahabat kita. sama ada untuk berbincang, berbual atau melakukan apa sahaja aktiviti. mereka banyak membantu kita dalam segala hal. kita tidak akan mampu untuk melakukan apa-apa tanpa bantuan dari sesiapa.

harga sebuah persahabatan lebih bernilai daripada kekayaan harta benda. melalui persahabat, kita dapat menimba lebih banyak pengalaman dan ilmu yang berguna. setiap sahabat yang kita miliki punya jalan hidup yang berlainan. ada yang datang dari keluarga yang kaya. ada yang datang dari keluarga miskin. ada yang datang dari keluarga yang bahgia dan tidak kurang juga sahabat yang datang dari keluarga yang bermasalah. dari situ kita boleh menimba seberapa banyak pengalaman dan ilmu yang berguna untuk hidup kita. kita tidak akan dapat merasai semua pengalaman itu dalam hidup yang singkat ini. kita boleh menjadikan pengalaman orang lain sebagai pengalaman kita.

selain itu, mereka juga boleh menjadi pembimbing kita. samada ke arah kebaikan atau ke arah keburukan. bergantung kepada jenis sahabat yang kita pilih. kalau baik sahabat kita, maka baiklah kita. kalau buruk sahabat kita, maka buruklah kita. seorang pujangga pernah berkata, kalau kita berada di kedai minyak wangi, sedikit dari wangian itu akan melekat pada kita. dan kalau kita berada di tempat kotor, sedikit daripada kekotoran itu akan melekat pada kita. sahabat menjadi corak hidup kita.

kita perlu menjaga setiap ikatan persahabatan yang kita miliki. kita tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan sahabat kita terasa hati dengan tingkah laku dan pertuturan kita. ikatan persahabatan yang terbina akan putus seandainya kita tidak menjaga perhubungan kita dengan sahabat-sahabat kita. kita tidak boleh menyakiti mereka samada melalui pertuturan atau perbuatan.

setiap ikatan persahabatan yang terbina, merupakan satu rahmat buat kita. untuk menunjukkan rasa syukur kita, kita perlulah menjaga dan memelihara ikatan tersebut agar kekal buat selamanya. selain itu, kita haruslah bijak dalam memilih sahabat, agar hidup kita akan sentiasa dilimpahi rahmat.

Labels:

Hidup ini banyak dugaannya...

Semalam kita bergembira. hari ini kita bersedih. esok entah apa pula. tiada siapa yang tahu dan dapat meramalkan apa yang akan berlaku. tiada siapa yang dapat menduga dan mengubah segalanya. hanya Tuhan Yang Maha Esa, yang mampu untuk melakukan segalanya.

semalam aku ketawa riang. aku bergembira bersama kawan-kawanku. kami menyanyi, kami bergurau, kami ketawa, bagai tiada esok bagi kami. kami lupa akan segala-galanya. yang ada hanyalah keriangan buat kami.

tapi hari ini, aku bersedih. tiada seorang pun yang datang menemani ku. jiwa ku terasa kosong. kegembiraan semalam dihembus pergi bersama bayu yang bertiup. perlahan-lahan ia meninggalkan ku tanpa aku sedari. yang tinggal pada ku hanyalah sekeping hati yang mengharapkan secebis kebahgiaan. namun, tiada seorang pun yang tahu akan derita yang ku alami.

kepedihan hatiku. luka, penderitaan, tiada seorang pun yang peduli. aku menangis sendirian. meratapi hiba yang membaluti jiwaku. jauh dilubuk hatiku, kecewa dan marah menjadi teman ,buat diriku yang tidak pernah merasa syukur pada nikmat yang ku miliki.

aku pujuk hatiku, supaya dia tidak akan terus merintih. ku katakan pada diriku, itu hanyalah dugaan dari Yang Maha Esa. Dia mahu mengujiku. Dia mahu melihat sejauh mana keimanan ku. hidup ini tidak akan indah andai tiada dugaan yang mendatang. ia akan menjadi bosan, bilamana kita miliki segala yang kita impikan.

aku bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk aku menangis hari ini. aku bersyukur kerana air mata ku menitis hari ini. aku bersyukur kerana hatiku terguris hari ini. aku bersyukur kerana aku kecewa hari ini.

semuanya itu akan membuatkan aku lebih kuat untuk menghadapi dugaan pada hari esok. tangisan itu membuatkan aku tidak lupa akan asal usul ku. air mata itu membuatkan aku sentiasa bersedia untuk menghadapi hari esok. kecewa itu membuatkan aku celik melihat hari esok.

Labels:

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "