Kisah Iktibar

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamu'alaikum sahabat semua.

Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat dan keberkatanNya ke atas kita semua. aamiin.

Sudah agak lama saya tidak berkunjung ke blog ni. Semenjak post saya yang terakhir, terus saya meninggalkan blog ini tanpa khabar. Entah bagaimana, malam ini hati saya terdetik untuk berkunjung ke sini dan berkongsi cerita bersama sahabat sekalian.

Ceritanya begini. Saya mempunyai seorang rakan. Rakan saya ini dari kalangan orang biasa. Lahir di kalangan keluarga yang sederhana.

Rakan saya ini sedang sibuk menguruskan urusan perkahwinan beliau yang sudah hampir tiba. Dia merancang untuk menjalankan urusan perkahwinan beliau ala kadar. semuanya dilakukan ala kadar. tidak seperti kenduri perkahwinan orang lain yang mewah-mewah, dengan pelaminnya, jamuannya, kad jemputannya, pengacara majlis dan sebagainya.

Dia hanya merancang untuk menjalankan kenduri perkahwinannya dengan sesimple yang mungkin.Tiada pelamin, tiada mak andam, tiada baju pengantin yang cantik, jamuan yang sederhana, kad jemputan yang dibuat sendiri dengan kadar yang sederhana dan tiada dj untuk menjadi penghibur ketika majlis berlangsung.

Sebelum saya terlupa, rakan saya ini lelaki dan bukannya perempuan. Ketika saya berkongsi cerita ini, rakan saya ini mempunyai masalah kewangan. Segala urusan perkahwinan dibiayai 100 peratus oleh ibunya bekerja sebagai operator di sebuah kilang.

Sebenarnya, dia agak berat hati untuk menggunakan duit ibunya. Sebagai anak sulung, dia merasa terpukul kerana masih menyusahkan ibunya walaupun dia sudah bekerja. Untuk pengetahuan semua, ibunya baru sahaja sembuh dari kemalangan motosikal yang dialaminya awal tahun lepas. ketika itu ibunya mengalami patah kaki kanan dan bahu kiri.

Ketika majlis perkahwinan rakan saya ini yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, rakan saya ini mengalami satu kejutan. Syarikat tempat dia bekerja mengalami masalah kewangan kerana buat masa sekarang, tiada projek baru yang mereka jalankan. Hanya beberapa projek lama yang masih dalam proses untuk disiapkan. Dan apabila tiada projek baru, bermakna syarikat tidak mempunyai aliran duit masuk. Maka, ini akan menjejaskan segala urusan kewangan.

Untuk pengetahuan semua, sudah beberapa bulan, rakan saya ini menerima gaji lewat. Apabila lewat menerima gaji, maka bermakna banyak perancangannya yang terbantut dan mengalami masalah. Antaranya kelewatan membayar ansuran kereta, sewa rumah dan bil-bil lain.

Dan bulan ini, perkara yang sama berulang. Dia merasa agak runsing bulan ini. Memandangkan majlis perkahwinannya yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, masih terdapat beberapa barang yang diperlukan masih belum dibeli. Untuk meminjam wang, dia takut tidak mampu untuk membayarnya berdasarkan pengalaman dia yang meminjam dari sahabatnya dari tahun 2011 sehingga kini masih belum berbayar. Oleh sebab itu, dia hanya mampu berdoa agar Allah memudahkan segala urusannya.

Satu yang saya kagum dengan dia, walau sesusah mana pun dia, dia masih mampu bersabar dan bertenang. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Dia sentiasa positif dan tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Malah dia masih mahu bekerja dengan syarikat sekarang walaupun tidak nampak sinar kemewahan seandainya dia terus bekerja di situ. Namun, dia merasa gembira bekerja di situ, kerana bosnya banyak memberi nasihat, kata-kata semangat dan mereka cuba mengelakkan dari perniagaan dan urusan yang dilarang oleh Allah. Malah mereka bersama-sama cuba membangunkan syarikat tersebut agar berjaya memcapai matlamat dan cita-cita mereka.

Dia ada berkongsi masalah ini dengan bakal isterinya, tetapi dia disalahkan kerana tidak pandai menguruskan kewangan. Mungkin ada benarnya. Tetapi setiap yang berlaku itu, ada hikmahnya yang tidak kita ketahui. Kita tidak seharusnya menambahkan lagi masalah yang dihadapinya dengan menyalahkan dia. Bagi saya, apa yang berlaku itu adalah satu ujian dari Allah untuk setiap manusia. Ujian itu adalah satu cara Allah menunjukkan rasa kasih terhadap Hambanya.

Semoga rakan saya itu akan terus bersabar menghadapi ujian hidup.

Sampai di sini dahulu perkongsian dari saya. Akhir kata, wassalam.



0 comments:

Post a Comment

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "