3 bulan

Assalamu'alaikum w.b.t.

Fuh! Hampir terlupa yang aku mempunyai blog ni. Sudah beberapa bulan aku meninggalkannya. Dan hari ini aku baru teringatn untuk meng'update' entry terbaru.

Lagi 3 hari menjelang bulan ke-3 aku berkahwin. Tidak terasa betapa cepatnya masa berlalu. Terasa seperti baru semalam selesai majlis. Dan ini bermakna hampir 3 bulan aku bertukar status menjadi suami. Tanggungjawab yang agak berat untuk dilaksanakan. Bukan mudah untuk bergelar seorang suami. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Soal tempat tinggal, makan, pakai, dan keperluan lain perlu diberi perhatian.

Sebelum ini, hidup bujang aku tak fikir sangat pasal tu semua. Asal boleh saja, aku cekup. Tapi sekarang bila dah hidup berdua, semua tu kena amik kira. Aku tak boleh lagi fikir diri aku seorang saja. Aku perlu juga jaga perasaan isteri aku.

Banyak lagi yang perlu aku pelajari agar kehidupan rumah tangga ku berjalan dengan lancar. Walaupun tidak sempurna, sekurang-kurangnya aku perlu buat yang terbaik. Itu tanggungjawab aku sebagai ketua keluarga.
Kadang-kadang aku rasa tidak sanggup untuk jalankan tanggungjawab ni. Berat aku rasa. Mana tidaknya, semuanya tergantung di bahu aku. Aku bukan sahaja perlu menyediakan segala kemudahan dan keperluan untuk isteri ku, tetapi juga aku mesti memastikan segala kelakuan, akhlak, ibadah isteri ku dilakukan dengan baik dan tidak menimbulkan sebarang fitnah atau dosa. Semuanya itu tertanggung di atas diriku.

Aku terfikir juga bagaimana orang lain boleh membiarkan diri isteri-isteri mereka melakukan sesuka hati. Berpakaian terdedah di sana sini. Bergaul lelaki perempuan sesuka hati. Bila aku fikirkan tentang itu semua, aku jadi takut. Takut dengan kemurkaan Allah. Bila isteri aku melakukan seperti itu, segalanya akan dipertanggungjawabkan ke atas aku. Dah la dosa aku, aku yang tanggung. Ini pula ditambah dengan dosa-dosa isteri ku pula. Fuh! Tak sanggup rasanya. Walaubagaimanapun, aku harus menghadapi semua itu. Itulah namanya kehidupan.

Walau apapun yang berlaku, aku harus berusaha sebaiknya untuk menjalankan tanggungjawab aku. Walau tidak banyak, sekurang-kurangnya ku perlu berusaha untuk memberi didikan agama yang terbaik. Aku harus menegur salah dan silap yang isteri aku lakukan. Aku tak boleh biarkan dia melakukan sesuka hati hingga melanggar hukum islam. Dan aku juga harus mengisi diriku dengan ilmu agama, sebagai cara untuk mendidik isteriku dan anak-anak ku.

Sampai di sini dulu entry aku kali ini. Semoga kita bertemu lagi di entry akan datang.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "