Renungkanlah

Ramai orang bila berlaku sesuatu perkara yang diluar dugaan, mereka akan menyebut nama Allah. Apabila berlakunya sesuatu pertandingan, samada nyanyian atau persembahan ataupun apabila ditimpa musibah seperti sakit, teraniaya atau apa sahaja yang berlaku, kita akan menyebut nama Allah. Tidak kira apa pun yang berlaku, kita akan menyebut nama Allah.

Tetapi, adakah kita benar-benar mengambil peduli tentang kalimah Allah itu? Adakah kita cuba untuk memahami maksud sebenar kalimah Allah tersebut? Mengapa kita perlu mengucapkan kalimah Allah itu? Adakah ia hanya muncul apabila kita ditemubual oleh seseorang? Semata-mata untuk menunjukkan yang diri kita beragama Islam. Atau adakah semata-mata kerana kita tidak tahu kepada siapa lagi harus kita berserah untuk mengharapkan kejayaan atau pertolongan? Atau adakah kerana kita benar-benar ikhlas menyebut kalimah Allah itu? Ucapan yang lahir dari hati yang merendah diri dan takut akan segala seksaannya.

Sedarkah diri kita, ketika kita menyebut nama Allah itu, bagaimanakah keadaan kita ketika itu? Adakah keadaan kita ketika itu melambangkan peribadi kita sebagai seorang Muslim? Berpakaian menutup aurat atau sekurang-kurangnya berpakaian sopan, tidak mendedahkan mana-mana bahagian tubuh seperti berpakaian ketat atau menjolok mata. Sehingga kadang-kadang membuatkan orang merasa mual dan menyampah apabila melihat kita. Atau adakah ketika kita menyebut kalimah Allah, kita berada dalam suasana yang diredhai Allah? Berada ditempat yang boleh memberi manfaat kepada kita atau berada di tempat yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Atau adakah perkara yang kita lakukan itu diberkati oleh Allah? Seperti melakukan perkara-perkara yang bermanfaat dan mendatangkan hasil yang baik. Pernahkah kita terfikir akan semua itu?

Cubalah kita muhasabahkan diri kita,. Mencari diri kita yang sebenar agar kita tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri kita sendiri. Biarlah apa sahaja ucapan kita, lahir dari hati yang benar-benar ikhlas dan benar-benar memahami setiap apa yang keluar dari mulut kita. Janganlah kita melakukan sesuatu itu hanya kerana mahu menunjuk-nunjuk. Kelak, diri kita sendiri yang akan rugi.

Labels:

0 comments:

Post a Comment

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "