Hidup ini banyak dugaannya...

Semalam kita bergembira. hari ini kita bersedih. esok entah apa pula. tiada siapa yang tahu dan dapat meramalkan apa yang akan berlaku. tiada siapa yang dapat menduga dan mengubah segalanya. hanya Tuhan Yang Maha Esa, yang mampu untuk melakukan segalanya.

semalam aku ketawa riang. aku bergembira bersama kawan-kawanku. kami menyanyi, kami bergurau, kami ketawa, bagai tiada esok bagi kami. kami lupa akan segala-galanya. yang ada hanyalah keriangan buat kami.

tapi hari ini, aku bersedih. tiada seorang pun yang datang menemani ku. jiwa ku terasa kosong. kegembiraan semalam dihembus pergi bersama bayu yang bertiup. perlahan-lahan ia meninggalkan ku tanpa aku sedari. yang tinggal pada ku hanyalah sekeping hati yang mengharapkan secebis kebahgiaan. namun, tiada seorang pun yang tahu akan derita yang ku alami.

kepedihan hatiku. luka, penderitaan, tiada seorang pun yang peduli. aku menangis sendirian. meratapi hiba yang membaluti jiwaku. jauh dilubuk hatiku, kecewa dan marah menjadi teman ,buat diriku yang tidak pernah merasa syukur pada nikmat yang ku miliki.

aku pujuk hatiku, supaya dia tidak akan terus merintih. ku katakan pada diriku, itu hanyalah dugaan dari Yang Maha Esa. Dia mahu mengujiku. Dia mahu melihat sejauh mana keimanan ku. hidup ini tidak akan indah andai tiada dugaan yang mendatang. ia akan menjadi bosan, bilamana kita miliki segala yang kita impikan.

aku bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk aku menangis hari ini. aku bersyukur kerana air mata ku menitis hari ini. aku bersyukur kerana hatiku terguris hari ini. aku bersyukur kerana aku kecewa hari ini.

semuanya itu akan membuatkan aku lebih kuat untuk menghadapi dugaan pada hari esok. tangisan itu membuatkan aku tidak lupa akan asal usul ku. air mata itu membuatkan aku sentiasa bersedia untuk menghadapi hari esok. kecewa itu membuatkan aku celik melihat hari esok.

Labels:

0 comments:

Post a Comment

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "