8 Perkara Dari Allah Buat Umat Nabi Muhammad

"Nabi S.A.W amat sayangkan umatnya hingga pada nafas terakhir, baginda masih menyebut-nyebut 'ummati, ummati' berulangkali hingga nafasnya terakhir. Bagaimanakah kita sebagai umatnya adakah perasaan sayang padanya wujud dalam hati kita…renungilah…"


Peristiwa ini terjadi ketika Nabi s.a.w. menerima wahyu supaya naik ke 7 lapis langit untuk menghadap Allah Azawajala (Israk & Mikraj).


Setelah berangkat Nabi Muhammad s.a.w menuju ke suatu tempat, yang belum pernah seorang Rasul ataupun Malaikat muqarrab sampai . Setibanya disitu, Allah Ta’ala memulakannya dengan mengucapkan salam kepadanya. Kemudian Dia menghampiri hambaNya serta sampaikan wahyuNya.


Lalu berkata Nabi Muhammad s.a.w.: " Ya Tuhanku! Berikanlah sesuatu untuk umatku!" Maka Allah s.w.t. berfirman : "Hai Muhammad! Aku telah berikan khusus untuk umatmu lapan perkara yang belum pernah Aku berikan kepada sesiapa pun dari umat yang lain sebelummu iaitu:-


1. Aku belum pernah mencipta sesuatu makhluk di langit mahupun di bumi yang lebih mulia daripada umatmu


2. Sesungguhnya seratus dua puluh empat ribu daripada para Nabi sentiasa rindu ingin menemuimu berserta umatmu


3. Sesungguhnya Aku tiada memberi umatmu banyak harta, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat-umat sebelumnya supaya tiada terlalu panjang perkiraan mereka nanti di hari kiamat, semua itu Aku lakukan ialah kerana rahmat dan belas kasihan kepada mereka


4. Sesungguhnya Aku tiada memberikan umatmu kekuatan dengan banyaknya harta dan anak pinak, sebagaimana yang Aku berikan kepada umat-umat sebelumnya, sehingga mereka kufur dan mengingkari nikmatKu


5. Sesungguhnya Aku tiada memanjangkan umur mereka, sehingga terkumpul pada mereka dosa-dosa yang banyak, sebagaimana yang berlaku pada umat-umat sebelum kamu.


6. Sesungguhnya Aku tiada membalas umatmu atas setiap dosa yang dilakukannya , sebagaimana yang Aku lalukan terhadap umat-umat sebelum kamu


7. Sesungguhnya Aku melewatkan umatmu keluar hingga ke akhir zaman dan Aku jadikan mereka umat yang terakhir diantara semua umat, sehingga tiada terlalu lama mereka duduk di dalam tanah


8. Sesungguhnya Aku tiada mendedahkan rahsia mereka, sebagaimana Aku dedahkan rahsia-rahsia umat-umat sebelum kamu serta berita-berita mereka kepadamu dan kepada umatmu, dan sesungguhnya tiada lagi Nabi dan tiada Al-Quran sesudahmu


"Kesemua keutamaan-keutamaan ini adalah kerana engkau, Hai Muhammad dan kerana berkatmu.""


Labels:

1 comments:

  1. Internal slave said...:

    Salam :D minta izin untuk mencopy article ini untuk tujuan dakwah. syukran jazilan :)

Post a Comment

Another Templates

Peribadi KU

Ku sembahkan rintihan kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku sekalipun aku seorang yang berdosa Wahai Yang Maha Pemberi dan Yang Maha Pemurah.

Followers

Blog Archive

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "